Semalam aku beratur nak beli makanan dekat kantin. Bila aku pergi situ, pelajar-pelajar beratur dekat gerai mihun mee goreng nasi lauk semua tu. Ini sangat pelik ok memandangkan sebelum ni semua orang pakai redah saja kalau nak beli apa-apa. Beratur bukan budaya masyarakat kita ,maksud aku masyarakat kita ni masih kolot. Majoriti lihat papan tanda " sila beratur/please queue" as " langgar saja 180km/h"
Okay aku pun lapar, jadi aku pun beratur. Secara jujurnya, dalam hati aku macam teruja sikit sebab pelajar-pelajar DE yang asdfghjkl dah reti beratur.Alhamdulillah , marilah kita amalkan ye.
TIBA-TIBA, datang seorang pelajar yang boleh dikatakan pilihan ramai wanita sebab muka jambu,tinggi.
Dia terkejut dengan barisan pelajar yang beratur nak beli makanan , katanya
" macam bodoh je beratur. Kau tak rasa bodoh ke beratur ? *sambil gelak* "
Aku terkejut. Siapa bodoh sekarang ? Aku respons
"Haha takdelah nampak bertamadun sikit kalau beratur"
zzzz
Typicality. Kalau budak yang nampak pandai dan berotak macam budak di atas pun ada mentaliti sebegitu, bagaimana pula budak-budak kelas kureng atau pun samseng tahi kucing punya pemikiran.
Ini orang Jepun.Orang Jepun sebati dengan beratur sebab mereka masyarakat yang berorganisasi.Tapi malangnya menurut budak di atas, mereka bodoh sebab beratur.Sia-sia saja negara moden,bersih,organised tetapi bila beratur jadi bodoh /sarcasm on
Okay mari guna otak anda dan bandingkan gambar-gambar di bawah dengan orang-orang kita.
Mereka beratur ketika di kedai runcit. Kita ? 4 gambar di atas diambil selepas bencana Tsunami di Jepun tahun lepas. Depa beratur untuk ambil food and water supplies. Sila relate dengan orang kita. or else please relate this dengan warganegara negara-negara Dunia Ketiga yang berasak-asak ketika proses pemberian makanan. traffik sesak pun orang Jepun masih boleh lintas dengan kemas DI ATAS garisan yang sepatutnya. Dekat Malaysia ni pulak kalau boleh nak kena lipat depan, mencelah-celah barulah melintas, itu pun jauh sekali daripada garisan yang sepatutnya. Nak beli ramen pun depa boleh beratur.Ini lagi awesome, lu tengok sendiri la gambar di atas. Ini ke yang orang kita cakap bodoh ?
Being an organised people, by queuing especially , which are done by modern First World countries IS STUPID ?
Kredit gambar- Google search, totally cool pics and other.