Soap

by

Kali ni post aku berkenaan tips berjual-beli online, the most basic aku rasa. Kau orang kan suka benda-benda yang membawa kepada keuntungan kan ? Mana nak kisah pasal kebersihan ke kekemasan ke efisien kerja ke.


Sebelum tu, ingatlah bahawa "jodoh terletak di tangan Tuhan, bukan kuasa kita" ecece.
Maksud aku, dalam konteks jual beli ni mungkin sekarang kau tengah suka sebab dapat handphone baru, baju baru dan lain-lain barang yang harga mahal tak ingat, tapi mungkin lepas beberapa bulan kau jadi 
bosan atau terdesak nak pakai duit, dan terpaksa jual barang-barang tu, siapa tahu ?


Mula-mula sekali, jaga harta benda tu dengan baik. Paling penting, simpan segala kotak yang kau dapat masa beli barang especially gadget. Manual, plastik pun simpan dalam kotak tu sekali. 
Let's say ada 2 barang terpakai yang sama jenis , mana kau akan pilih ? Yang betul-betul sebiji tanpa kotak atau lengkap sekali dengan kotak asal ? First impression is always important u know. 


Untuk iklankan barang yang nak dijual, ada macam-macam website contohnya Mudah.my , Ebay , Lelong dan lain-lain tapi kalau kau si penjual, aku cadangkan pergi dekat bahagian-bahagian forum contohnya Lowyat.net ataupun group dekat FB( group Jual beli barang Yamaha contohnya). Bila dekat group FB atau forum, interaksi antara pengguna adalah lebih cepat dan sekejap saja boleh dapat buyer especially within KL area. On the other hand if kau ialah si pembeli, dekat forum & group FB jugak kau boleh dapat barang lagi murah kalau rajin belek-belek.Tapi yang lecehnya group FB bila kau nak cari certain group, keyword tu main peranan. Search bar dekat FB dahlah leceh semacam.


Bila berjual beli online ni ada 2 cara , either COD( cash on delivery) or postage. Bagi aku , lebih selamat kalau kau COD( COD ni kita macam kau order pizza delivery, dia datang rumah hantar pizza kau, kau bayar duit dekat dia, selesai. Bezanya , orang tak COD dekat rumah!) Bila postage, kau terdedah risiko kena tipu sebab kena bank-in duit dulu. Unless the seller memang dah ada ramai buyer yang jual beli barang dengan dia, dan kau yakin , boleh saja postage. Tapi bagi COD lagi senang , mungkin sebab aku ni kurang sabar orangnya. Kalau kau perempuan dan takut nak COD, suruh je ayah ke abang teman sekali.


Akhir sekali, sebelum beli barang online tak kisahlah 1st hand atau used ke , buat research dulu. Let's say kau nak beli jam, pi dekat official website jam tu. Check apa sifat-sifat jam yang original, lambang, sticker hologram semua macamana bentuknya. Zaman sekarang ni original ke China ke lebih kurang saja paras rupa. Bandingkan dengan barang yang kau beli tu ,sama tak sifatnya macam yang original.


Sebabkan aku ni agak sengkek orangnya*nangis* aku suka beli barang terpakai( tapi kena pastikan lah kualiti masih ngam) sebab murah dan kadang-kadang kau dapat pakej yang tak masuk dek akal. Aku beli used Ipod Touch sebelum ni dekat tangan orang thru internet. RM500 complete set tambah dengan plug adapter dan casing, dimana kalau total semua harga sepatutnya RM 640! Bukan nak cakap apa tapi Ipod orang tu lawa lagi kot, sempurna sifat segala! Kalau beli dekat Apple Store , kau kena bayar RM699 untuk sebuah Ipod Touch complete set tapi tak termasuk plug dengan case -_-" dan baru-baru ni aku check forum yang sama, ada orang nak let go used Ipod Touch yang kotak belum pun buka(mint condition) RM450. Gila.


Kalau nak dapat barang murah lagi, rajin-rajinlah bid dekat auction website. Oh ya Selamat Berpuasa :)