System
by Muhammad Khairi
Don't you ever thought about how bad our school system is ?
Sekolah dekat Malaysia ni banyak benda yang boleh diperbaiki cuma biasalah, sokongan daripada semua pihak memang susah nak dapat. Lagi-lagi sokongan pelajar yang "tak selalu buat hal dekat sekolah tu".
Nak buat macamana, takkan nak buang sekolah pulak.Dah nama pelajar bermasalah, kalau kita buang , memang sampai mati lah dia tak belajar nak jadi orang.
Aku nak cadang sikit beberapa benda yang aku rasa tak salah kita ubah dalam sekolah. Sempena tahun terakhir, apa salahnya menabur idea sedikit hehe. Okay let's begin with the obvious issue,TOILET.
Bagi aku , tahap pemikiran pelajar sekarang semakin lama semakin tak masuk akal dan aii malaslah nak cakap.Even benda simple pun tak boleh nak ikut. Sebab itulah keadaan tandas sekolah kemain teruk.
Jadi untuk selesaikan masalah ni, marilah kita rujuk tempat bermulanya segala-galanya, which is rumah.
Semua setuju yang kita care about our house more than any other places right ? Sebab tu lah kisah tandas sekolah tunggang langgang, sebab tu bukan tandas rumah kita. Fuh kalau tandas sendiri, bersih lah jugak kalau nak dibandingkan dengan tandas sekolah tu.
Tandas rumah, kita tak pakai kasut. Kita kaki ayam takpun berselipar. Beza dengan tandas sekolah yang mana kasut yang sama kita pakai keliling sekolah pun kita akan guna untuk pijak permukaan tandas yang basah.
Basah + kotor = pepandailah kau fikir
So why don't pihak sekolah sediakan rak untuk letak kasut and selipar ? Seriously, siapa yang selesa nak masuk tandas buang hajat dengan uniform sekolah.lagi-lagi bila pakai kasut ? Kasut hitam okay lagi, kena pulak kasut putih masak ah. Selain isu selipar , aku rasa sekolah kena pasang sensor asap lah supaya bila budak-budak tahi hisap rokok, sensor tu buat loceng sekolah berbunyi. Then satu sekolah boleh serbu tandas dan tangkap pelajar yang bodoh-tak-sabar-nak-hisap-rokok-dekat-sekolah-jugak-kau-tak-boleh-tunggu-habis-waktu-sekolah-ke-mcb . Okay apa ? membanteras rokok sambil troll pelajar haha since sekolah bukan mampu nak upah penjaga tandas.
Aku menulis dekat blog ni bukan apa, aku tengok peti cadangan sekolah macam tak ada faedah je. Aku pernah bagi cadangan,buat aduan tapi tak ada respons langsung. Aku sedarlah yang aku ni pelajar sekolah, pemikiran entah hapehape sebab tu pihak pentadbir macam endah tak endah tapi at least reply lah. Tulis besar-besar " CADANGAN ANDA TIDAK DITERIMA" . Sekurang-kurangnya kita tahu yang surat tu dah dibaca.
Oh ya, sebab cuti sekolah dah nak habis, aku cadangkan guru-guru takpayah mengajar masa first day sekolah buka balik nanti. Kenapa ? Bagilah kami relaks bertukar-tukar cerita. Cikgu-cikgu pun boleh beritahu apa yang nak diajar untuk semestar ni dan bagaimana bla-bla. Ini tidak, hari pertama terus nak sambung belajar bagai nak rak. Mind shock weh.