Peek

by

Aku selalu habiskan masa tenung langit malam. Bagi aku, pemandangan langit malam adalah sesuatu yang cantik, dapat diakses dimana-mana. Aku mana ada wang atau kesempatan nak melancong jauh-jauh jadi pemandangan langit malam yang cerah, bintang-bintang terang serta bulan purnama dah kira mewah bagi aku. Landskap tuhan yang mewah walaupun percuma untuk dilihat.

Sebenarnya, bila aku lihat bulan, aku teringat akan satu makluk tuhan yang agak significant dan spesifik. Tapi itu tak relevan. Apa yang lebih penting ialah setiap kali aku lihat langit malam, aku terbayang aku berada di mana-mana objek celestial dan memandang ke arah bumi yang sfera ini. Cuba kau fikir, 100 kilometer dari permukaan bumi dan that's it, kita di angkasa, kita diluar sfera yang membahagikan kehidupan seperti yang kita tahu, dengan alam lain, that's it. Semua perkara yang berlaku dari zaman Adam hingga zaman umat Muhammad, siri-siri perang dunia, genocide dan revolusi, semuanya terjadi dalam sfera tersebut. Apa yang pisahkan sfera itu dan kehidupan-kehidupan di dalamnya dengan angkasa lepas yang jauh lebih luas cumalah satu garisan atmosfera. Semua yang berlaku dalam sfera dan kewujudan kita sangatlah kerdil bila dibandingkan dengan garis masa bumi mahupun keseluruhan alam semesta. Kau terus terfikir yang segala masalah manusia hadapi; wang ringgit, harta benda kereta mewah, cinta, semua jadi tak relevan, Segala cemburu, nafsu dan kehampaan jadi tak relevan.


Semua ini bermain dalam kepala aku setiap kali aku amati permandangan malam. Aku memang minat astronomi, kewujudan objek-objek celestial selain bumi dan fenomena berkaitannya buat aku teruja. Aku teruja yang dunia ni jauh lebih luas dan banyak lagi kita perlu terokai. Tetapi, satu kenyataan yang menghampakan ialah aku sangat jauh dengan ilmu astronomi, dari pelbagai aspek. Astronomi perlukan pengetahuan fizik yang tinggi, yang mana aku terang-terangan tak ada. Paling penting, realitinya bukan semua orang boleh 'terbang', inikan pula berangan ke angkasa. Untuk rakyat marhaen seperti aku impi ke angkasa lepas...well every dream has its limit.


Cakap pasal terbang, 'aircraft', aku ada satu cerita tentang kawan aku semasa di asasi dulu *Aku harap dia tak baca blog ini*. Sepanjang kehidupan aku, aku berlaku dengki dengan macam-macam perkara. Aku dengki dengan orang kaya, aku dengki dengan remaja yang sebaya aku tapi dah miliki kereta sendiri, punya teman wanita glamour alah seperti remaja kaya yang kau selalu jumpa dalam instagram. Bukan itu sahaja, dengan orang yang gembira gelak 24 jam pun aku dengki kahkahkah. Tapi itu semua kedengkian yang berasas dan sebahagiannya cuma sekadar suka-suka. Ini perkara semulajadi. Manusia tak pernah puas selagi tak miliki sesuatu perkara. In a way, benda-benda macam ni buat kau lebih bermotivasi untuk capai sesuatu.


Berkenaan kawan aku ini , kedengkian dan perasaan cemburu aku ialah tulen. Aku selalu anggap yang apa aku buat sekarang ini, jalan yang aku ambil ini ialah jalah yang betul, lebih kurang lah. Dalam perkataan lain, ini yang terbaik aku mampu buat; aku 20 dan sudah suku perjalanan ijazah di universiti awam negara jadi secara akademik, aku okay. Aspek-aspek lain dalam hidup aku tak ada apa sangat nak dibanggakan.


Tapi jejaka ini, kawan aku ini berumur 20 tahun dan sudah kemudi pesawat ringan. Yep, legit pilot.


Orang selalu cakap kalau nak bandingkan diri dengan seseorang, bandingkan apa yang telah kita capai pada umur yang sama (?!) Aku menyirap setiap kali aku jumpa manusia yang persoalkan usaha orang lain, terutamanya mereka yang pelik bila kawan skor walaupun tak pernah nampak kawan tu belajar. Hey kita di Malaysia ni peratusan nak jumpa manusia yang genius tulen memang rendah, jadi hanya ada 2 kemungkinan , sama ada dia pandai meniru atau dia dah berpenat lelah mengulang-kaji dan belajar di rumah, cuma kau sahaja tak nampak depan mata.


Aku nampak sendiri, aku saksikan sendiri bagaimana kawan aku ni jatuh dan bangkit semasa di asasi. Dia bailed out asasi, dan belajar untuk peperiksaan kemasukan akademi juruterbang. Sekarang dia berada di lapangan terbang, berlatih mengemudi pesawat. Tak kira betapa cemerlang prestasi aku semasa di asasi,sekarang dia lebih hebat. Sekarang dia berada di atas aku, secara literal. Dia berada di posisi yang lebih dekat dengan angkasa lepas yang aku sentiasa impikan.


Walaupun aku punya minat mendalam terhadap sains dan kimia, kalau diberi peluang, aku pun akan pilih pilot over chemist, right ?



Tapi tak mengapalah, tak semua manusia kongsi jalan yang sama dalam hidup. Apa yang penting ialah sejauh mana kita mampu kehadapan. Walaupun aku hanya mampu mendongak ke langit, sekurang-kurang aku dapat juga lihat kisah kejayaan kawan aku. Mungkin suatu hari nanti aku jadi pakar motivasi atau pensyarah, bolehlah aku kongsi kisah penuh motivasi dengan audience, kasi depa motivated sikit.


Anyway, aku akan habiskan cuti semester aku bukan sahaja dengan merenung ke arah langit setiap malam sambil mengenangkan betapa losernya aku dalam hidup, tapi aku akan memerah otak dengan aktiviti-aktiviti bertemakan proses kreatif so any ideas/thoughts untuk novel, cerita pendek etc sila hantarkan emel.