Blossom

by

Mungkin ini kali terakhir aku sentuh bab politik dalam blog ini. Bagi aku cukup-cukuplah berbahas pasal isu ni dan aku mahu fokus terhadap isu lain yang lebih penting. Kali ini aku senaraikan semua penyataan politik sama ada fakta, pendapat atau retorik yang selalu bermain dalam kepala aku.

Kewujudan parti politik takkan pernah sempurna dan akan sentiasa ada cacat cela. Sebab itu wujud sistem demokrasi, parti lain mengisi kekurangan tersebut. Masing-masing ada kelebihan tersendiri, ekonomi, infrastruktur atau khidmat masyarakat. Mereka sepatutnya bergabung untuk memberikan yang terbaik kepada kita rakyat, bukan sebaliknya. Masing-masing berebut pegang majoriti.
Anak-anak muda sekalian, generasiku, apa sekalipun yang kau tengah buat, pastikan ia perkara baik dan buat yang terbaik, tak kisahlah dari segi teori atau kemahiran. Pokoknya, buat yang terbaik. Sentiasa berfikiran rasional dan sentiasa berpandangan jauh. Always imagine the bigger picture.

Secara jujur, kita sebagai rakyat sebenarnya tak kisah pun siapa memerintah, bukan? Yang penting kita dapat faedah dan hak kita. Itu sahaja. Perkara yang menyakitkan hati adalah apabila kau tahu kau dikencing hidup-hidup tapi kau tak mampu berbuat apa-apa...walaupun kau berada dalam tanah air kau sendiri.

Dan secara jujur, perkara yang lagi teruk daripada pimpinan yang tak efektif ialah kewujudan penyokong yang ekstrem. Aku sakit kepala betul bila berhadapan mana-mana pihak yang suka menyokong membabi-buta. Ektremis ini sebenarnya dalam apa-apa jua perkara pun tetap bahaya dan tak relevan, khususnya ekstremis bangsa. Anggap saja lah yang disebalik pintu tertutup, orang-orang atasan yang kau anggap bertekak sesama sendiri tu sebenarnya sedang ramah berkongsi kopi, sementara kau penyokong bawahan sibuk mempertahan ketua masing-masing daripada konflik yang sebenarnya tak wujud daripada awal.

Aku makin fed-up dengan manusia yang melaga-lagakan kaum, khususnya Melayu dengan Cina. Lagi aku fed-up bila manusia-manusia ni bukan kemain excited nak tunggu pergaduhan kaum. Kau tak belajar apa-apa ke dari buku teks sejarah? Kalau perang boleh menyelesaikan semua perkara, sudah tentu dari puluhan tahun dahulu pak menteri dah ikut cara tu. Cuma, ia bukan jalan penyelesaian ,dahulu mahupun sekarang. We need each other now more than before.

Jadi, berhenti salahkan identiti lain atas kemalasan kita sendiri, desakan hidup kita sendiri. Belajar sungguh-sungguh, kerja sungguh-sungguh. Bila kau ada peluang, ubah nasib keluarga, bangsa dan negara dan agama. Semai keharmonian dan keamanan. Bukan sebaliknya.

Antara perkara yang aku teringin nak lihat dalam negara ni ialah interracial marriage becomes a norm. Dengan cara tu, tak ada lah kita bergaduh sesama sendiri atas alasan kaum. Masa tu boleh lah kita sama-sama gelakkan semua pemimpin persatuan ektremis bangsa! 

Selain tu, aku teringin nak lihat adegan politik negara yang lebih santai dan penuh humor. Oh jadi kau berdua teraju dua parti berbeza, tak boleh ke kau berdua sama-sama melepak di kedai makan ? Aku ingat lagi satu gambar lama yang aku jumpa dekat internet. Dalam gambar tu ada Anwar dan Mahathir sedang duduk bersila dan ketawa bersama. Bila aku tengok gambar tu aku terhibur sedikit dan aku perasan yang arena politik negara ni terlalu tegang dan serius, kalau serius bab kerja tak apalah juga.

Cakap bab kerja, aku tak kisah pun wakil rakyat tu berjiwa rakyat atau tidak. Sama ada dia luangkan masa bersama rakyat atau tidak. Apa yang penting ialah dia jalankan tugas dia iaitu menyenangkan urusan rakyat dengan efektif.

Kenyataan ini mungkin berbaur hasad dengki tapi sehingga sekarang aku tak boleh terima ahli politik yang hidup kaya raya dan mewah. That contradicts the whole point of democracy. Kalau penduduk kawasan kau hidup susah, kos sara hidup tinggi, hari-hari buat aduan, kadar jenayah pun tinggi , tapi kau senang lenang duduk rumah besar dan bawa kereta mewah, apa yang kau cuba tunjukkan sebagai wakil rakyat? 

Apa yang aku cuba sampaikan ialah berhenti goyang kaki dan harapkan orang bawahan selesaikan masalah rakyat, pergi selidik sendiri dan do your own damn jobs.

Jangan salah faham, kalau ahli politik yang kaya sebab bisnes tu lainlah cerita. Itu legit lah,sebab depa buat bisnes. Kecuali depa perluaskan bisnes guna kuasa politik sedia ada depa. Tapi takkan lah depa buat macam tu. Ishh tak pernah dengar lah kes sebegitu.

Ada satu paradoks yang kita selalu jumpa berkenaan hal politik. Kita rakyat Malaysia..well actually every citizens in the world, selalu complaint yang staff kerajaan lembab, makan gaji buta, buat kerja sikit borak lebih cuti lebih. But annoyingly, sebanyak mana pun kita kutuk depa dan berdoa agar depa diberhenti kerja, staf-staf kerajaan masih wujud sehingga sekarang. Hmm. 

Pada pendapat aku sendiri, keadaan negara kita akan bertambah baik apabila generasi baru ambil alih pucuk pimpinan daripada atuk-atuk menteri sekalian. Bukan maksud aku mereka tak berguna atau tak menyumbang apa-apa. Mereka secara individu memang berpengalaman, berkemahiran dan kita anak muda perlu belajar apa yang patut daripada mereka, cuma secara kolektif...mungkin sudah masa mereka berehat di kediaman masing-masing. Masa untuk berubah. Maksud aku, negara kita dah banyak kali terhentak dan satu perubahan takkan mengubah risiko yang sedia ada jadi apa salahnya ambil peluang?

Jadi aku ulang lagi sekali memandangkan ini kali terakhir aku berbicara bab politik di sini.