Restraint

by

Kerana sudah lama tidak menaip, anggaplah post kali ni sekadar exercise berkaitan topik yang ringan; teknologi.

Aku rasa kita sudah sampai satu tahap dimana kita terlalu maju dan hi-tech sehingga menampakkan kita berundur ke belakang. Dengan kata lain, teknologi sekarang menjengkelkan. Kalau perlu lebih spesifik, aku mahu tuding jari ke smartwatch. Aku boleh terima aplikasinya dalam beberapa perkara seperti mengira kadar denyutan nadi dan lain-lain, tapi untuk periksa sama ada kau terima notifikasi twitter atau whatsapp yang baru ? kau angkat tangan untuk check notifikasi pada jam dan selepas itu kau seluk pula poket seluar untuk periksa notifikasi sebenar pada skrin handphone yang jauh lebih besar saiz skrin berbanding smartwatch kau ?! dua kali kerja kau kena buat bermakna dua kali tenaga kau bazirkan. Secara jujur, aku rasa sesetengah perkara/aplikasi tak perlu jadi 'smart', mereka perlu stay dumb. Jam tangan misalnya, kau lilit pada tangan untuk satu tujuan; untuk mengetahui waktu terkini, itu sahaja. Jam tangan adalah sesuatu yang klasik, it's timeless. Tak perlu masukkan bermacam-macam features yang merumitkan lagi tugas sebuah jam tangan pada manusia sedangkan di dalam poket kau ada peranti yang mampu lakukan features yang sama pada kadar yang jauh lebih efektif.


Isu yang sama juga ditujukan kepada beberapa benda lain yang asalnya punya fungsi yang mudah dan ringkas, tetapi berjangkit dengan gimik 'smart'. Malas sangat ke manusia sekarang ? 

Tujuan utama teknologi dicipta untuk memudahkan dan meringkaskan kehidupan manusia, bukan untuk merumitkan lagi. Jam tangan misalnya, cukup dengan 2 knobs, tak perlu tambah lagi 100 butang! Kerusi misalnya, ia direka untuk manusia duduk dengan selesa, itu sahaja. Tak perlu letak apa-apa skrin, atau apa sahaja barang elektronik! Bukan sahaja teknologi sekarang merumitkan malah memundurkan manusia. Maafkan aku tapi aku perlu luahkan ini. Peranti pintar yang kau pegang 24 jam itu sepatutnya jadi hamba kau yang buatkan kerja untuk kau, ia bukannya tuan kau. Sementara pandangan mata kau melekat pada skrin smartphone, masa berlalu pantas dan tanpa kau sedar, kau terlepas 10 tahun kehidupan sebenar sementara kau sibuk bermain coc secara obsesif. Pathetic.

Bertambah menyampah apabila manusia sekarang pergi tandas pun bawa smartphone. Aku secara peribadinya rasa inilah sebab manusia sekarang kurang kreatif dan otak kaku, kerana depa banyak habiskan masa mengadap skrin dan kurang berimaginasi. Masa dalam tandas adalah masa untuk kau berimaginasi *no, not that* dan berfikir tanpa gangguan. You let the world float upon your sea of thoughts~ Habis tu bila lagi kau nak berimaginasi, sedangkan sebelum tidur pun mengadap smartphone?


Jangan salah faham, aku bukan pembenci teknologi. Teknologi adalah sesuatu yang cool. Teknologi dalam bidang perubatan, cool. Teknologi dalam bidang pertanian, cool. Teknologi dalam bidang pendidikan, cool. Teknologi dalam bidang ketenteraan, nahh. Dunia akan lebih cool jika semua negara tandatangani perjanjian untuk gunakan pisau dan perisai dalam perang. Dengan cara itu, tiada lagi mangsa perang kerana alahai luka kena tikam amat mudah dirawat dengan teknologi perubatan sekarang. Kita kira negara mana yang askarnya lebih ramai ditikam, dia kalah.


Okay, seriously. War technology is basically useless and wasteful. Kau bazir berjuta-juta pound cipta perisai yang paling kebal dan tahan lasak yet setahun lepas tu pihak lawan pula cipta peluru yang kononnya dapat menembusi segala permukaan dan kau pula cipta perisai baru dan depa pula cipta peluru baru and it goes on and on and on...Satu sahaja situasi dimana teknologi perang yang maju berbaloi untuk dipraktikkan adalah apabila kau gunakan ketika penaklukan alien.


Ingat, kau yang kawal peranti pintar kau, bukan ia yang kawal kau. Kau ialah tuan kepada diri kau sendiri. Well at least sebelum penaklukan alien.