Hereditary

by

Ada satu jenis quote yang kau dan aku selalu jumpa dalam mana-mana media, quote itu lebih kurang 
"If you wanted to be happy, dont give a shit" atau " The lesser you care about, the happier you are" atau yang sama waktu dengannya. 

Secara umumnya, perkara ini benar bagi sesetengah perkara tapi dalam skala yang lebih rasional, ia tidak.Satu sebab utama ialah ,hidup dalam dunia ni memang secara lahiriahnya kita terpaksa berkongsi. Kita kongsi udara yang sama, kita kongsi permandangan yang sama dan kita kongsi jalan yang sama. Ya, jalan raya yang sama. 


Kau mungkin miliki rumah dengan halaman yang besar tapi bila kau hidupkan kereta mewah kau dan keluar dari pagar rumah, jalan yang kau guna itu kau terpaksa berkongsi dengan pengguna lain. Sedangkan orang-orang kenamaan pun tidak mempunyai jalanraya sendiri, mereka terpaksa berkongsi dan mereka nampak macam tak suka berkongsi *explained those irritating escorts* tapi sebenci aku dengan golongan yang salah guna kuasa kerana mahu jalan raya yang terkawal untuk mereka pergi membeli-belah, ada satu golongan yang lebih keji.


Biasanya aku akan snap gambar dan upload sebagai bahan bukti tapi oleh kerana perkara ini sudah menjadi norma masyarakat, aku dengan lapang dada menjemput kamu semua ke kawasan perumahan aku di Selayang Baru, atau kau boleh lihat fenomena ini di kejiranan kau sendiri, its not that uncommon.


Jalan raya di Malaysia, tak kira luas mana pun, tetap akan sempit kerana wujudnya kaum-kaum yang suka meletakkan kenderaan di tepi jalan. Jika rumah itu ada 4 kereta, keempat-empat akan tersusun di luar rumah sementara ruang letak kenderaan di dalamnya kosong. Mungkin ilmu yang aku belajar dari sekolah rendah sehingga ijazah sarjana muda tidak cukup hebat kerana sehingga sekarang aku tak boleh rungkai logik disebalik pemikiran ini. Ada ruang letak kereta kau park di luar, jalan pun jadi sempit ,pengguna jalan raya lain nak lalu pun susah terutamanya lori sampah yang perlu lalu setiap rumah untuk kutip sampah. This phenomenon is more hideous than the sight of road after the arrival of garbage truck. Pure ignorance. Kalau kau perhati dengan lebih teliti, posisi kereta yang park tepi jalan ni lebih ke "tengah" berbanding ke "tepi" dan ini belum campur perihal bangsa-bangsa yang park di selekoh serta lori-lori besar yang park di tepi jalan seolah-olah saiznya seperti fiat panda.


Again, aku ringkaskan kekurangan negara ini dengan satu lagi jenis quote kau boleh jumpa di media; 

" Common sense is not that common nowadays" atau " Common sense is so rare , people consider it as special ability" atau " My common sense is tingling- Deadpool" atau yang sama waktu dengannya.

Orang kita terlalu jahil bab common sense, depa tak mampu nak sedar yang sensible vehicle parking itu common sense, beri signal sebelum tukar lorong itu common sense, tidak bercakap dalam lif itu common sense, angkat tangan bila lalu depan pak guard itu common sense, bersihkan meja lepas makan di restoran itu common sense, jangan beri harapan palsu dalam percintaan itu common sense, flush lepas guna tandas itu common sense, perlahankan bunyi supaya tidak menganggu jiran itu common sense. Well, honestly orang kita sedar bab ini, cuma bagi mereka lebih mudah untuk kekal jahil. Tapi sayang ini bukan jenis penyakit yang kau boleh sembuhkan hanya dengan menyuntik ubat di leher, lebih membahayakan ialah penyakit ini boleh dikatakan turun temurun. Jadi, pastikan diri kau, anak-beranak kau bebas dari penyakit jijik ini.