Dearest

by

Aku suka mendengar. Mendengar perkara seperti kuliah kimia sehinggalah masalah rakan sebaya. Bagi aku, mendengar ini mudah, nak dibandingkan dengan membaca kau perlu selak mukasurat,tenung dan kaji huruf satu persatu. Kalau mendengar tak perlu semua tu, adab paling utama hanyalah tenung mata pembicara dan kemudian fokus mendengar. Tapi jangan salah faham, bukan maksud aku tak suka membaca, aku suka benar. Secara fizikal aku suka akan bau buku, those printed black words and hard cover. I love that within those compacted papers, there lies vast amount of knowledge. Kita ambil buku ilmiah sebagai contoh 

Modern Engineering Mathematics, Glyn James.

Dua perkara yang aku prefer pada buku ialah komik dan buku yang ada ilmu yang boleh dipratikkan. Buku ini ada 959 muka surat dan 13 tajuk-tajuk asas matematik. Walaupun kau seorang slow-learner, jika kau baca minima 3-4 m/s sehari, dalam masa hampir setahun kau mampu habiskan buku setebal ini. Dalam kata lain, dalam masa setahun kau punya asas matematik yang kukuh. Oleh kerana aku guna contoh buku matematik, kau kena faham matematik perlu praktis dan bukan teori semata, but you get my point right?
The point is consistency.

Another point is, as I said before, the idea of infinite knowledge trapped within combined papers, stuffs that lie on your dusted rack, that you barely bother to swipe through. Perkara paling susah tentang membaca, ialah permulaannya. Permulaan nak bangun dari katil masa seronok main smartphone, nak pergi rak buku dan browse buku apa nak baca, nak ambil dan buka muka surat pertama. Aduh. 


Tidak selagi kau baca sehingga muka surat terakhir barulah kau sedar betapa berharganya buku-buku itu dan ilmu didalamnya. Dah penat bersengkang mata membaca, lenguh tangan menyelak baru kau dapat semua itu. Barulah kau hargai buku, sebab kau keluarkan kudrat nak membaca dari awal sampai habis baru untuk peroleh ilmu-ilmu dalam buku itu.

Sambung balik berkenaan mendengar.

Wujud juga manusia yang tak reti membaca, tak reti mendengar *bukan disabled ya maksud aku*. Kalau kau bangsa-bangsa begini, jangan risau. Yang penting kau seorang yang tahu menghargai. Appreciative. At least tunjuklah yang kau kisah akan orang-orang sekeliling, khususnya yang rapat dengan kau, yang supportive akan kau. Macam aku beritahu sebelum ni, nak tunjuk appreciation ini ada macam-macam cara. Gunalah akal fikir cara mana yang sesuai dan 'sampai' mesejnya. Bagi aku, seteruk-teruk hidup dekat dunia ni hidup orang yang tak reti menghargai orang sekeliling dia, yang rasa dia boleh survive alone, padahal nak berdiri sendiri pun lemah. Manusia yang angkuh, hendak berterima kasih pada yang berhak pun dia enggan.

Aku suka mendengar. Zaman remaja ini aku habis masa mendengar masalah rakan sebaya. Aku rasa ini antara trait aku share dari ibu aku. People always come to her and tell their problems and my mother would listen to them. Samalah macam rakan-rakan sebaya, dari isu percintaan sehinggalah ke isu akademik. Ramai tak faham yang bila kita tawar diri untuk mendengar, kita tak perlu selesaikan masalah depa. Of course I enjoy giving feedback and providing alternative solution but the main thing is to lessen the burden they are carrying. Bila mereka bercerita dan ada yang sudi dengar, sekurang-kurang ringanlah sikit beban. Bertambah lega hati mereka bila ada juga rakan yang reti menghargai. Nak tunjuk apresiasi ni macam-macam cara, cara verbal seperti ucap terima kasih sehinggalah kepada tawarkan telinga untuk dengar masalah.

"But it's high time you realize you're a man, not an island. And a man's strength comes not from just brawn and intelligence... but also from his allies"

-Alfred Pennyworth to Bruce Wayne, Arkham Origins.