Appreciation
by Muhammad Khairi
Masa awal pengajian aku di pusat asasi dulu, aku seorang diri. Forever alone. Dari sesi pendaftaran sampailah tamat orientasi, termasuklah beberapa minggu pertama kuliah. Maksud aku 'sendiri' tu bukan lah tiada kawan, cuma aku prefer solo mode. Aku pun bukan jenis melayan orang sangat, mengelat lagi adalah.
Macam aku cakap sebelum ini, lebih baik ada sorang kawan yang berguna, yang boleh bergantung harap semasa susah senang daripada 100 orang kawan yang kejap ada kejap tidak. Lagipun, seronok sikit nak judge orang bila kita sorang-sorang.
Tapi jangan berlagak, jangan riak. Sesetengah tugas terbukti lebih baik bila kau buat seorang diri; kurang ragam manusia, maka bertambah efektif lah jalan kerja kita. Tapi kau masih perlukan pertolongan dari sekeliling kau sebab kita ini manusia, bukan pulau atau pun mesin. We operate better when there's aid.
Satu contoh yang buruk daripada aku, suka ponteng kuliah dan kelas. Jadi terpaksalah bertanya kawan apa yang tertinggal, pinjam nota semua jadi dapatlah tanggung balik. Kalau tak ada depa? masak woo, I didnt even know which part to cover. Eventhough I get more sleep but still.
Bercakap pasal kawan, tahu tak betapa susahnya zaman sekarang nak jumpa kawan yang memang kau 'click' secara semula jadi? Hari-hari terawal kuliah dulu, aku duduk bahagian belakang. Walaupun masa sekolah dulu aku suka duduk depan sebab fokus sikit tapi oleh kerana semua dalam dewan tu otak geliga, tempat duduk hadapan penuh belaka, aku pun malas berebut jadi duduk saja belakang. Then, there's this guy just sat besides me during early days and onwards. Hari-hari seterusnya, bila dia datang awal, aku pula yang terus duduk sebelah dia. Suatu hari tu, kami tiba-tiba duduk tempat berlainan sebab masing-masing datang lambat. Bila ada selang masa sementara tunggu pensyarah, aku toleh keliling dan nampak dia.
Then we just nodded our heads upon seeing each other, angkat beg masing-masing dan terus duduk tempat yang kami selalu duduk, tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut. Mula daripada tu lah mula borak pasal benda selain akademik; crush*this guy minat my classmates*, that particular annoying student, anime manga, lots of things that made you laugh and feeling refreshed for the next 4-5hours lectures.
Aku suka persahabatan begitu, salah satu cara nak pastikan persahabatan tu ikhlas ialah tiada apa pada dasarnya. No tricks. Maksud aku, aku dengan this guy bukan satu kelas pun, kuliah saja sama dan dalam dewan kuliah itu dia sebenarnya bebas pilih nak duduk dengan siapa, yet there he was sitting besides me for the rest of the semester. Satu hal dengan rakan sekelas ialah ada faktor-faktor terpaksa *selalunya masa awal-awal je* sebab yelah dia sekelas dan kau terpaksa deal dengan dia demi nak senangkan kerja kau juga. Tambahan pula, tak seronoklah kalau tak bergaul dengan rakan sekelas, tekanan nanti hari-hari nak hadap muka sama.
Satu lagi perkara yang boleh dipraktik walaupun agak biadap; cuba jarakkan diri dengan orang yang kita rapat. Cuba berdikari, hidup seorang. Bila hidup kau asyik dikelilingi orang;kawan-kawan kau, skill berdikari dan survival skill nanti tumpul. Treat this as a mental preparation because people do come and go. At least bila perkara itu jadi dan kau seorang diri, tak ada lah mental breakdown. Oh perkara penting, ada beza ya jarakkan diri dengan potong segala jenis komunikasi dengan kenalan rapat, itu yang biadap tu haa. Kau dah besar jadi aku rasa kau tahu apa bezanya. Kadang-kadang bagus juga apa dapat tahu orang tu still cari kita, still hargai persahabatan yang terjalin walaupun kita tengah menjarakkan diri, thats when you know who is your real and worthy friends.
Bila makin dewasa, kita cuba luangkan masa yang ada sebanyak mungkin bersama keluarga dan kemudian kawan-kawan(rapat),dan aku rasa itu salah satu tanda kematangan. Cukuplah zaman kanak-kanak kita dok main tamiya, pergi cyber cafe, main basikal, main motor dengan kawan-kawan. Masa yang tinggal sekarang pun kadang-kadang tak cukup, dengan masing-masing sibuk belajar/kerja. Barely a time for yourself. Just keep in mind, everybody is busy, but of course they'll make their time. Berkawan ini bukan bermaksud nak kena berkepit sepanjang masa, tapi lebih kepada cara kita luangkan masa bersama dan cara kita kongsi masalah&kegembiraan bersama.
Post kali ini dedikasikan kepada rakan-rakan sekalian, terutamanya dari sekolah menengah dan juga pusat asasi. By this time, most of us are walking in separate ways, different places different countries. It would be much harder and harder for us to meet each other, let alone hangout at mamak,mall or chatting in the classroom like we used to be. Some are busy with jobs, others with their studies.But if theres a time for us then there will be a time, Insyaallah.
Aku doakan kejayaan kalian dunia dan akhirat.