Verdict

by

Bukan semua pendapat yang kita lontarkan secara verbal orang ambil peduli. Satu perkara bagus tentang penulisan blog ialah idea penulis tetap dibaca, if not well-perceived. Maksud aku, kau takkan susahkan diri menaip link blog aku semata-mata nak tengok tajuk saja.

Pendapat,idea dan prinsip aku tetap sama; perkara yang memundurkan negara ini berpuluh-puluh langkah ke belakang ialah isu perkauman. Intolerate. Susah benar nak respek manusia lain dek kerana warna kulit dan asal-usul yang berbeza dan Suprise! perkara ini makin melarat terima kasih kepada "budaya memuat-naik video viral" yang semakin viral.


Aku suka public uploaded videos yang jenis beri harapan kepada kita bahawa negara ini sedang perlahan-lahan membentuk ke arah negara bertamadun dari segi akhlak, the kind that shows our public awareness is really improving. We are no longer limit ourselves by racial boundary. But then, there is another type of public uploaded video. Jenis yang bila kau tonton, kau sedar bahawa negara ini penuh dengan bajingan yang tak reti respect orang lain. Kau baru saja buka internet, dah berpuluh video orang bertekak dek parkir/kemalangan(atau ragut), lagi teruk bila 'pelakon2' yang terlibat adalah berlainan kaum. Habis tersembur semua racial slurs, baik dari mulut pelakon-pelakon sampailah mereka yang menonton. Haihh tolonglah, kalau A bersalah, salahkan A dan jenayahnya. Sama ada A itu bangsa sekian atau sekian,itu tak mengubah fakta yang A tetap salah. Kau takkan dapat pelepasan undang-undang hanya kerana kau tu datang dari kaum majoriti/minoriti. Walhal kalau nama bangsa kau tercatit dalam kitab suci sekali pun, kau tetap terikat dengan undang-undang.


Mungkin video-video yang sengaja dimuatnaik semua buruk-buruk sifatnya, jadi kita dapat lihat yang buruk-buruk sajalah. Mungkin sebab itu kita semakin negatif dan skeptikal. Mungkin kalau bangsa yang suka memuatnaik video ini rajin rakam situasi yang lebih positif dan harmoni antarakaum, pandangan kita akan berubah? Video Ali, Raju dan Lee duduk bersama minum limau ais sambil main tembak biji limau sesama sendiri, atau video Aiman, Arvind dan Chong bertekak dengan pihak berkuasa kerana takmahu beri laluan kepada vip yang tak reti tunggu trafik seperti orang lain ? who wouldnt watch these?


Bagi aku, sebelum keluarkan kenyataan perkauman yang sangatlah berat sebelah, kita refleks diri sendiri.Kita tak suka orang lain stereotaipkan bangsa kita hanya kerana perangai buruk segelintir; contoh "Melayu pemalas asyik harapkan subsidi dan bantuan bumiputra, Melayu pemalas!" Bukankah tak adil bila bangsa lain judge sedemikian. Bukan semua pemalas. Kecik hati depa yang kerja susah cari rezeki tapi dituduh pemalas oleh bangsa lain. Kecik juga hati depa cina yang elok berkawan rapat dengan Melayu India semua tapi dituduh nak jatuhkan adik beradik senegara. Bertambah kecik hati depa India yang bersusah payah elokkan imej bangsa depa tapi dituduh samseng oleh adik beradik senegara. Bertimbang rasa dan bersikap adil lah. Paling koman pun, carutlah si pesalah secara spesifik, bukan makian umum atas dasar kaum.


Either all of us will survive this, or we end up destroying each other. Insyaallah, kita masih ada harapan.