Closure
by Muhammad Khairi
Sekali sekala aku suka ingatkan diri aku yang blog ni medium berkongsi idea dan kritikan, bukan diari.
Terdetik nak tulis satu post penghargaan semenjak dari hari pertama tamat program asasi*which is 8 minggu yang lepas* Oleh kerana mengenangkan yang peluang untuk sambung ijazah dekat um amatlah tipis, aku buat keputusan untuk bercerita tentang perjalanan setahun aku di um. Ya, secara literal aku maksudkan 'perjalanan'. Besar kemungkinan aku takkan kembali ke sini lagi tapi siapa tahu? Doakan lah ya. Untuk tidak tipikal, aku akan sentuh dari aspek 'architecture' sebab sejujurnya kau nak baca ke aku cerita aku bangun pukul berapa sampai um bila mamat ni kerek blablabla? ingat,ini bukan diari.
Terdetik nak tulis satu post penghargaan semenjak dari hari pertama tamat program asasi*which is 8 minggu yang lepas* Oleh kerana mengenangkan yang peluang untuk sambung ijazah dekat um amatlah tipis, aku buat keputusan untuk bercerita tentang perjalanan setahun aku di um. Ya, secara literal aku maksudkan 'perjalanan'. Besar kemungkinan aku takkan kembali ke sini lagi tapi siapa tahu? Doakan lah ya. Untuk tidak tipikal, aku akan sentuh dari aspek 'architecture' sebab sejujurnya kau nak baca ke aku cerita aku bangun pukul berapa sampai um bila mamat ni kerek blablabla? ingat,ini bukan diari.
Dekat jalan-jalan utama ; Jalan Wahyu, Jalan Kuching etc tak banyak tarikan plus kau kena fokus dengan kenderaan hadapan yang memang rapat. Satu benda, pembahagi jalan yang lama digantikan dengan pokok-pokok, yang mana bagi aku satu landskap yang sangat cantik. Aku rasa besi divider lama asyik kena curi jadi kerajaan ambil satu langkah inisiatif, pembahagi jalan semi-semulajadi. Finally a good solution from goverment!
Fast-forward sampai ke bulatan berhampiran Masjid Negara. Sepanjang perjalanan, tak ada apa yang seronok, kecuali kau jenis yang enjoy traffic jam. Biasanya, aku akan keluar awal 6.30 pagi demi mengelak segala kesesakan walaupun aku naik motor. Trafik perlahan satu hal, paling aku anti dengan manusia (kebiasaanya suami isteri) bilamana pergi ke tempat kerja,mereka suka bawa motor di lorong paling kanan. Perlahan nak mampus. Sudahlah menghalang dengan kelajuan macam tu, taknak pula kasi peluang orang belakang nak potong. Ah aku sangat mental dengan manusia begini, aku sanggup bangun awal demi mengelak daripada mereka walaupun kelas aku mula lambat.Now, my favourite part. Aku minat akan bangunan-bangunan lama, bangunan era kolonial misalnya. Inilah yang jarang bangunan zaman sekarang ada, kurang 'identiti' dan bila kau tengok kau rasa macam 'meh'. Cuba keluar dan lihat rumah kau, adakah ia batu-bata yang disusun,disimen kemudian dicat tanpa sedikitpun twist of art? aku maksudkan jenis bangunan yang sebangsa dengan rumah yang kita selalu lukis masa kelas pendidikan seni dahulu. segiempat sama, segitiga , dan burung-burung 'v'.
![]() |
Trademark of Pantai Dalam, TM Tower. |
![]() |
Closer look. |
![]() |
Stadium Hoki Pantai Dalam. |
![]() |
The alternative route. New Zealand celup. |
Sebenarnya ada satu jalan alternatif untuk kenderaan kecil melalui tengah padang jadi kau tak perlu menghabiskan minyak mengelilingi kawasan padang dan tasik yang jauh,tambahan pula ia jalan sehala. Malangnya masa aku awal semester 2 jalan tersebut ditutup kerana kes ragut. Menjengkelkan betul terpaksa tawaf jauh-jauh walhal pusat asasi dekat je.Kebiasaanya bangunan lama mestilah nampak cantik dan sudah tentu,' beridentiti', macam bangunan-bangunan kolonial tadi. Aku tak rasa macam tu bila aku pusing-pusing kawasan um kecuali untuk 'sesetengah' binaan lain. Cuba lawat UIA, landskap sangat lawa, semua binaan berkongsi identiti yang sama dan paling penting, dekat dengan Selayang which is the most ideal university location for me!Inilah pusat asasi. Setahun dihabiskan disini dengan berborak, tidur, tenung crush dari jauh dan bercanda dengan rakan-rakan sekuliah.Bila cukup waktu aku biasanya terus balik. Tak adanya aku nak melepet dekat sini lama-lama. Selalunya aku ikut laluan yang berbeza waktu pulang. Sama ada lebuhraya sprint ataupun Jalan Mahameru-Duta.Tak kira mana satu, aku selalunya keluar dekat Jalan Ipoh juga. Kau tetap tak boleh elak traffic jam.
![]() |
Cornering hotspot. |
Akhirnya, sampai juga ke Selayang. Tempat dimana ada seribu satu sebab untuk kau pindah dari situ tapi sebenci mana pun kau dekat tempat tinggal kau, sekerap mana pun kau complaint, tempat tu sentiasa ada dalam hati. Ada sebab tau mereka panggil 'Selayangku Sayang'.
![]() |
If you see Bukit Botak means you're in Selayang. |
Kita terlalu attached dengan idea bila melancong baru boleh bergambar, baru boleh menghargai suasana sekeliling. No, bukan macam itu. Maksud aku, ya ,kewujudan budaya berbeza-beza di setiap tempat itu okay, itu rasionalnya kita melawat tempat orang. Tapi dari segi senibina? atau dari segi permandangan yang menarik ? Sudah tentu cantik itu subjektif tapi kita selalu pandang rendah terhadap perkara sekeliling kita sehingga kita lupa yang apa yang kita perlu ialah kamera yang elok, dan kadang-kala permandangan di belakang rumah kita sudah cukup menarik. Bottom point is, kau tak perlu melancong jauh-jauh baru nak bergambar. Hargai benda sekeliling kau. Lantakkan lah mindset 'Ala dekat kawasan tempat tinggal sendiri pun nak tangkap gambar'.
Bangunan-bangunan KTM dinaiktaraf dan digunapakai instead of dirobohkan dan dibina semula. Di deretan hotel mewah ini ada satu bangunan kecil/rumah kot yang bagi aku sangat simple dan cantik. If I were to build a beautiful small house,it would be of that design. Berseberangan dengan hotel Majestic ada satu bangunan yang masih dalam proses pembaikan, tak berapa pasti bangunan apa, 1930, tapi rekaan dia memang kena dengan selera peribadi aku, menakjubkan. Sejurus selepas kawasan 'kolonial' ini ialah Muzium Negara. Apparently, there is a construction site of MRT in front of it. Jalanraya dekat situ sangatlah teruk, aku terpaksa pegang handle motor sekuat mungkin kalau tak,peluang nak melambung ke jalan seberang sangatlah tinggi. Sudahlah motor aku memang tak seimbang,lalu pula jalan macam itu terus bergegar brr brr brr.
Kemudian,masuk ke kawasan Bangsar dan jalan kembali sesak. Selepas itu ke Pantai Dalam dan semakin hampir dengan UM. Ada satu masjid betul-betul bersebelahan pintu masuk UM yang mana sekarang tengah dalam proses naiktaraf sebab bangunan lama, *apparently every single thing in kl is having a renovation process* Sebelum renovate, aku selalu solat dekat sini masa rehat zuhur antara kuliah. Bukan apa, surau pusat asasi selalu sesak dan aku pula jenis introvert, mengelakkan diri daripada pelajar-pelajar asasi yang ramai.
Pernah sekali tu aku kemalangan betul-betul berhadapan Perpustakaan masa nak ke pergi kuliah. Penumpang teksi buka pintu masa lampu merah dan bang! aku langgar.
Sebagai pampasan kepada senibina yang hambar, di sini ada banyak kawasan yang hijau. Semua disekeliling kau hijau, seumpama kau belajar dalam hutan walhal kau ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Jadi tak adalah teruk sangat, lebih-lebih lagi dengan keluasan um yang besar. Dekat sini ada dua bangunan yang agak lain daripada yang lain, pada pandangan aku. Dua bangunan kesukaan aku. Dewan Tunku Canselor dan Dewan Peperiksaan UM. Satu penuh dengan nilai sejarah, manakala satu lagi lengkap dengan status moden. Kedua-duanya bagi aku, epik. Mungkin agak mustahil untuk aku hadiri majlis graduasi di Dewan Tunku Canselor tapi sekurang-kurangnya aku pernah masuk Dewan Peperiksaan Um.Cukup syarat lah tu.I have this weird fetish for wide,big and vast area or space. Dewan peperiksaan itu sangatlah luas*hence the name* kalau kau alihkan semua meja dan kerusi, mesti puas kau berlari-lari dalam tu.
Sekali-sekala aku suka ingatkan diri aku yang sengkek ini bahawa aku tak pernah melancong.
Of course bila kau ada duit dan kau dah muak dengan tempat sendiri, apa salahnya melancong ke luar negara. Tak ada siapa boleh nafikan betapa cantiknya London, Paris, Monte Carlo, Grand Canyon, Venice, Sydney dan Mekah.
Semua gambar diatas merupakan hakmilik aku sendiri, aku terpaksa bangun awal pagi hujung minggu semata-mata nak tangkap gambar ini semua jadi kalau kalau kau teringin nak kongsi/simpan gambar picisan ini biarlah beradab caranya.