Amplitude

by

Kita sekarang berada di zaman yang mana bila lepak dekat kedai makan, semua sibuk mengadap peranti masing-masing. Sama ada melayari laman sosial ataupun buat-buat sibuk usik smartphone,eleh walhal bukan ada orang nak whatsapp kau pun. Sememangnya tiada penyelesaian kepada situasi begini. Tak ada. Selagi bateri masing-masing tak habis selagi tu peranti melekat dekat tangan, kalau ada powerbank ? Senyap sampai ke sudah. Sesetengah orang memang tak mampu, tak cuba nak kawal nafsu internet mereka dan mental aku pula sedikit sebanyak terpaksa terima situasi jijik begini. Well if you cannot defeat them, join them.

Tapi bagaimana pula jika kau seorang pelajar matrik, asasi atau diploma yang jauh daripada rumah tersayang? Bagaimana pula jika kau rindu bertemu homies dan komrad tersayang tapi bila kau pulang lepak bersama, mereka terjebak dengan situasi jijik ini? Sudahlah kawan di kolej pun sibuk bergajet, kawan satu kejiranan pun sama. Kita rindu ,mestilah nak bercakap secara literal, lengkap dengan ekspresi muka dan gelak tawa,bukan sekadar emoji.


Ini tips peribadi dari aku. Jarang sekali aku dan komrad berborak secara real sejak kebelakangan ni jadi bila perbualan tu berlangsung,aku hargai. Aku dengar betul-betul. Okay aku rephrase, selalunya bila bersuara mesti sebab seorang kena bahan jadi aku dengar dan gelak betul-betul. Sampai masa kau rasa perbualan yang tulen tu susah sangat nak dapat, kau rasa kau nak 'simpan' perbualan tu. Ya, sound recorder.


Mula-mula aku rasa sangat pelik. Benda tak sama macam kau voice note dalam wechat tu. Apa yang aku maksudkan perbualan spontan yang kau dah siap sedia nak rekod. Siapa yang nak rekod perbualan sesama kawan lepak? sudah tentu-tentu tak ilmiah, penuh perli dan carutan. Well, bagi aku ia lebih kepada keperluan mental kau berbanding ilmu. Of course, kau boleh rekod kuliah kau, itu perkara biasa. Tapi untuk sesetengah situasi dimana emosi kau kabut,semua benda rasa tak normal, *ditujukan kepada mereka yang masuk belajar heh* recording ini boleh membantu,buat kau rasa normal bila dengar. Aku masa minggu haluan siswa yang memenatkan mental dan fizikal, aku ulangdengar recording list aku tahu.  Yelah kau tak biasa hidup berasrama tiba-tiba kena tahan seminggu dua dekat u, mana tak culture shock. Mana tak aku ulang-alik bangsar-selayang tiap-tiap hari masa asasi hahaha. Total sekarang recording list aku ada dekat 40 lebih; perbualan kosong, bahan rakan-rakan,karaoke. Tak digalakkan dengar suka-suka masa bosan tanpa situasi dan sebab munasabah, takut kena cop gila atau forever alone.



So that's it, one of my personal tips on how to survive loneliness cause by overwhelming usage of gadget among peers or difficulty of adapting to new environment. Berkenaan special post-foundation post yang dijanjikan, harap maaf dan bersabar ya.