Head
by Muhammad Khairi
Kita selalu tengok drama, komik atau filem khususnya genre perisikan, tentang bagaimana sesuatu kerajaan guna taktik kotor untuk memusnahkan apa-apa yang boleh menggugat keamanan negara. Niat betul tapi cara kotor.Persoalannya, semua itu tujuannya melindungi rakyat dan negara,atau mengekalkan kuasa politik? Mana satu jadi keutamaan ? Rakyat atau kuasa ?
Kau boleh argue sebanyak mana kau mahu tentang kredibiliti Anwar, sama ada dia baik atau jahat.By the same token,kau juga boleh argue sebanyak mana kau mahu tentang kredibiliti Najib,sama ada dia baik atau jahat. Tapi buat masa sekarang, bukankah lebih baik kita persoalkan tentang kredibiliti sistem kita? Adilkah sistem kita? efisienkah sistem kita?
Manusia boleh berubah jadi korup sekelip mata sebab itu kita diajar berjuang kerana prinsip bukan kerana individu.
Tak ada lagi keadilan dalam mana-mana sistem kita.
Pihak media yang tidak telus.
Sistem pendidikan yang tidak adil.
Pihak berkuasa yang tidak efektif.
Sistem perundangan yang menimbulkan banyak persoalan.
Sikap boros pihak atasan.
dan banyak lagi.
Serius,kenapa banyak sangat benda yang tak kena dalam negara ni?
Aku serius lah, daripada benda remeh temeh kepala masuk kerusi sampailah isu Anwar petang tadi.
Aku tak kisah kau berbeza pendapat politik, bahkan lagi bagus ada persaingan supaya kita ingat sikit tak ada satu perkara pun yang sempurna. Sorang macai PKR sorang macai BN, aku tak kisah. At least do the right thing. Tegakkan keadilan dan cela korupsi. Benda yang memburukkan keadaan sekarang ialah sikap fanatik yang tidak bertempat. Buatlah apa yang kau rasa perlu, bersuara bila kau rasa perlu,sokonglah apa yang kau rasa perlu, asalkan jangan kau duduk lepak goyang kaki dan tonton sahaja negara ini hancur. Elok pula kau cakap "Aku tak ambil hal sangat bab-bab politik ini".Cilako.
Buat masa ini, persekitaran aku dikelilingi mereka yang, alhamdulillah,tak buta dan pekak.
Mereka kritik,semua pihak mereka kritik. Mereka tak percaya bulat-bulat dan sebaliknya mereka kaji,mereka bukan ikut saja bontot orang atas. Okay mungkin sesetengah terpaksa ikut dengan hati tak rela since situasi politik yang kotor sekarang sangat mencekik periuk nasi.
Generasi aku,aku perasan ramai dah buka mata. Semoga ada yang bangkit dan bila mereka jadi pemimpin nanti, jadilah pemimpin yang lebih baik daripada bapak dan datuk mereka; yang 'sesetengahnya' korup dan biased.
Kita masing-masing ada tanggungjawab terhadap negara. Ulang, tanggungjawab terhadap negara BUKAN kerajaan. Kau boleh keluar dari sini dan selamatkan punggung kau ( pak menteri pun dah beri amaran,kalau tak suka belah saja) tapi adilkah kau pada negara kau?
Kalau setiap kali komponen motosikal kau rosak,kau campak motor beli baru atau kau hantar repair dulu? Negara lain takkan sibuk-sibuk nak selesaikan masalah negara kita lah, konflik kita,kita lah yang kena troubleshoot, repair sendiri.
Bukan soal parti apa yang kau wakili, tapi dasar perjuangan apa yang kau bawa.
Keamanan? Kesama-rataan? anti-rasicm? Heh