Postal
by Muhammad Khairi
Penulisan kali ni cuma peringatan ringkas dan mudah. Semua orang boleh apply.
Selalu aku terserempak dengan post atau mesej seperti di bawah, lokasinya kalau bukan facebook, mesti twitter, kalau bukan twitter mesti instagram, kalau bukan instagram mesti whatsapp, kalau bukan whatsapp mesti clash of..oh maaf.
Mesej yang di-forward oleh sebahagian individu yang tak ada klu pun tentang isu sebenar.
Aku bagi contoh, isu pelajar wanita kptm dirogol lelaki bangladesh dan pada masa aku menulis post ini, inbox whatsapp aku dapat mesej tentang perogol guna pil apentah untuk kasi mangsa khayal. Mesej tu ada perkataan seperti 'rohypnol', 'progestrex'' yang mana aku 70% yakin tukang forward itu sendiri taktahu kejadah apa maksud perkataan.
Isu-isu ini mungkin sahih mungkin tidak. Bukan kesahihan tu (secara spesifik) yang aku nak sentuh tapi kaedah itu. Orang kita bukan kisah sangat benar ke tak, asalkan nampak ekstrem lah yang depa suka kongsi. Kinda explained why video of snatch thief getting hit by 'snatchee' went more viral than snatch thief hit 'snatchee' ,or educational video,obviously. Kadang-kadang mesej yang disampaikan terlalu bagus. Bagus untuk jadi benar atau bagus untuk jadi palsu. Umumnya, berita sebegini boleh affect individu dan masyarakat, bukan sahaja pada attitude,tapi fizikal. Katakan lah awak forward berita entah mana malaun punya no plat, konon si penyamun. Orang kampung baca, depa nampak manusia bawa kenderaan dengan no plat yang sama. Plot twist; rupa manusia tu pula memang macam malaun. Nyawa-nyawa ikan kena bantai walhal manusia tu tak bersalah pun (salah ke muka buruk) Kan dah naya.
Solusinya, berita apa pun yang awak forward, sertakan link rasmi yang orang ramai boleh rujuk,ataupun no telefon pihak berkenaan yang boleh sahkan sahih mana berita awak tu. Orang sekarang main screenshot je page fb,twitter,im conversation lepas tu share. Jahat.
Cakap pasal share, kau betul percaya yang *sebahagian* company akan bagi sejumlah besar produk depa dengan hanya repost atau retweet akaun yang tak ada pun simbol '✓' ? Kau boleh cuba, tak rugi. Tapi kau pun boleh fikir kan?
Also, by the time I'm writing this post, I've stumbled upon issue of scam on particular fb group,involving handphone and gadget.
Scammer tersebut orang selayang sebab tu agak menarik perhatian. Ada dua benda yang berbaloi disimpan dalam kepala otak berkenaan jual beli online ni.
1. Always insist on COD ( Cash on Delivery) . Jumpa satu tempat, deal dekat sana. Face to face
2. Sebelum bank-in, check dulu sama ada dia ada dalam list trusted seller atau tidak. Kalau ya, proceed.
"Lokasi dia jauh tapi barang dia murah, tapi dia bukan trusted seller"
Well ini common trick. Scammer tanya lokasi kau, kalau kau dekat selatan dia akan kata dia dekat utara.Aku pernah elaborate isu ni jadi taknak cerita panjang; always COD. Jangan ambil risiko untuk harga yang 'too good to be true'
Ini antara benda yang aku menyampah dengan manusia sekarang. Masyarakat sekarang jenis suka beri peringatan. Beri peringatan supaya jangan tertipu dengan scammer bila berjual beli, instead of bagi warning dekat scammer jangan scam.
Beri peringatan supaya pegang handbag elok-elok ketika berjalan,instead of bagi warning dekat peragut jangan meragut. Beri peringatan kepada mangsa rompakan agar berjaga-jaga,pasang cctv bagai instead of pergi cari perompak.Beri peringatan supaya jangan amalkan rasuah,instead of... well you get the idea.
Now puny humans, go retrieve all the silly messages you have forwarded