Paranoid

by

Orang kita makin sakit. Sakit dari segi pemikiran. Semua sama sahaja, dah tak rasional dan suka menyalahkan pihak lain.

Indo, Bangla , Myanmar , dan yang sewaktu dengannya. Kerap dekat tempat aku berlaku jenayah yang berkait dengan bangsa-bangsa ini. Boleh aku kata tempat aku dah tak aman. Terbaru ini aku dengar orang kita dirogol. Okay kalau kau tanya aku atau sesiapa pun, sure lah kita rasa tak selesa dan tak selamat bila ramai orang luar berkampung dekat rumah kita.

Sedangkan orang kita sendiri yang buat jenayah pun banyak,inikan pulak dicampur dengan orang luar. Tapi, apa sebenarnya masalah utama ?

Sabar sat, jangan tuduh melulu. Cuba kita bayangkan, ada ahli keluarga kita berhijrah ke luar negara, maksud aku ke negara yang lebih maju. Maju maksud aku bukan sahaja dari segi teknologi, tetapi pemikiran. Adakah kau suka bila ahli keluarga kau dilayan macam kau layan bangla-bangla di Malaysia ni ? Syukur ramai rakyat Malaysia ni memilih,berhijrah ke negara-negara maju yang mana layanan mereka dekat orang luar bukan macam layanan yang kita berikan. Maksud aku, layanan kita terhadap mereka yang "low-class country".

Kita masih stereotaip, layan manusia ikut latar belakang negara. Aku pun tak terkecuali. Bukan sahaja dengan dengan orang luar, malah dengan kaum-kaum di Malaysia juga sama. India dilabel sebagai sekian , Cina dilabel sebagai sekian .

"Alah tolong melayu sama melayu saja,takkan nak kaum lain tadbir negara kot"


Ramai orang Melayu salah anggap ketuanan Melayu di Malaysia bermaksud 

" Kami orang Melayu kena hidup senang goyang kaki walaupun kerja sambil lewa sebab ini tanah Melayu blablabla mana hak orang Melayu "
Maaf cakap, sejak dari zaman atuk moyang kita terima Cina dan India (serta semua bangsa yang terlibat) sebagai komrad, sila redefine terma "ketuanan Melayu" dalam kepala otak kau. Fikir balik, kau nak pertahankan negara atau bangsa ? Kau sibuk dengan bangsa kau sampai negara kau huru-hara. Bila negara kau dah musnah, setiap orang dari setiap bangsa dalam negara ni akan terumbang-ambing tanpa tanah air.
Cuma fikir hidup yang kau akan alami bila kau dah tak ada negara.

Oleh itu, apa yang patut kita buat pada orang luar ? ethnic cleansing ? Halau kembali semua orang luar yang datang ke negara ini ?Jangan jadi bodoh. Kita cela mereka yang layan umat Islam di negara-negara bergolak seperti sampah, tapi kita sendiri berlakuan seperti binatang. Kita perlukan mereka,lebih-lebih lagi dari segi ekonomi.
Apa yang aku nampak ialah sikap paranoid kita yang takutkan orang luar pegang kampung atau kawasan kita telah membuatkan kita layan mereka seperti sampah, dengan harapan mereka takut akan kita dan hormat kita. Tapi sebaliknya berlaku, perbuatan kita buat mereka berdendam lagi ada le dan bila individu yang punyai perasan dendam yang sama bertemu, maka lahirlah kelompok. Sama macam orang Melayu kita yang bila ramai baru berani, begitu jugalah mereka. Kesannya, kau boleh lihat dekat pasar borong Selayang. Cubalah pukul seorang dari mereka, tunggu berapa ramai pulak kejar kau. Persatuan pemuda yang konon berjuang atas nama Islam dan Melayu pun tak berani lawan mereka. Kalau berani, kenapa tempat itu jadi sarang? Kenapa depa berani buat tempat tu macam tiada undang-undang? macam tempat itu negara depa ?

Ya, undang-undang.

Kalau orang kita yang selekeh serta gangster yang tidak berakhlak mulia sekalipun,kalau dia berhijrah ke Jepun cukup lama, nescaya sikap pembersih dan suka beratur boleh meresap dalam diri dia. Tak mustahil dia jadi lebih berdisiplin. Tetapi, bila orang dari negara luar masuk Malaysia, mereka jadi lebih 'berani'. Berani nak melakukan kesalahan. Kenapa? TENGOK ORANG KITA SENDIRI LAH. Orang kita sendiri tak reti nak ikut peraturan. Orang kita sendiri yang sibuk amalkan rasuah. Orang kita sendiri yang agungkan gengsterisme dan kronisme, orang kita sendiri yang tak endahkan peraturan trafik, kau ingat mereka yang datang dari luar nak ambil port kah ? Sama macam rakyat kita tak endahkan undang-undang, begitu jugalah orang luar buat, tak endahkan undang-undang.

Tolonglah berhenti salahkan background orang tu, tapi salahkan kesalahan individu itu sendiri. Orang kita atau orang luar,ahli politik atau pembersih loji,ustaz atau sami,lelaki atau perempuan, undang-undang tetap kena taat. Itu sahaja cara.