Naive
by Muhammad Khairi
Sebagai seorang berjiwa kanak-kanak yang terperuk dalam badan manusia dewasa, aku amat sakit hati bila ada yang mempersoal kematangan aku
" Apa benda kau ni main game ? Macam budak-budak je "
Tak terhad kepada pemain video game sahaja, kalau kau jenis kumpul mainan, baca komik, melukis kartun, kau pun terpaksa tahan pedih telinga mendengar sentimen sebegitu. Nak-nak pulak mulut yang berkata tu jenis berlagak 'brader'. Aihhh kau main game dekat smartphone itu bukan keanak-anakan.
Tolong beritahu aku siapa yang tetapkan undang-undang "main game hanya untuk kanak-kanak"
Benda yang kau kaitkan dengan kanak-kanak ; videogames, mainan ,kartun itu semua hobi.
Secara formulanya, kalau orang tu terlalu obses dengan hobinya, automatically dia jadi sampah.
Bercakap pasal videogames, mainan dan kartun.
Videogames sekarang bukan macam dulu, in which the targeted audience were children. Sekarang 'kanak-kanak' tu dah besar, ada yang dah jadi bapak orang. Mereka perlukan games yang pelbagai genre dengan storyline yang lebih 'matang', grafik serta efek yang canggih. Sebab itu games dekat pasaran sekarang macam-macam jenis, daripada yang ala-ala cute sampailah ke 'tak senonoh'.Bila bercakap pasal mainan, kau jangan fikir mainan yang selonggok rm5 dengan bungkusan serba-China yang kau jumpa dekat kedai runcit tu. Bukan. Aku bercakap pasal 'mainan' yang begitu halus perbuatannya. Harga dia mak aihh . Cubalah kau singgah kedai mainan XLshop, Litt Tak , atau paling cikai kau pergi kedai mainan Cina dekat Pasar Selayang tu. Mainan yang kau cela sebagai hobi budak kecik tu range harga dari puluhan ringgit hingga ke ribuan ringgit! Silap-silap duit poket kau pun tak mampu nak beli sekotak mainan gundam.
Pasal komik dan anime pulak, aku malas nak hurai panjang-panjang. Common sense. Kalau rasa komik dan anime untuk budak-budak juga. tolong amik kertas A4 dan cuba lukis. Itu semua seni tahu tak, seni yang boleh buat duit. Satu artwork berapa ribu. Ironinya, kanak-kanak lebih pandai hargai seni tu daripada orang dewasa. Secara jujur, aku belajar banyak benda dari manga/komik yang aku baca. Kadang-kadang aku rasa aku komik itu lebih banyak input serta berkualiti jalan ceritanya daripada drama melayu yang tipikal.
Videogames, mainan, kartun, itu semua benda yang biasa bagi budak kecik. Kita sebenarnya seronok dan rindu zaman kanak-kanak dulu. Bila dah besar hidup kemain tension. Sebab itu kita jeles dengan mereka yang masih 'keanak-anakan'. Tuduh tak matang konon. Pigi daaa
Kalau ya, kenapa ada genre game 18 tahun ke atas ?
Kalau ya, kenapa yang datang ke kedai game semua pangkat abang-abang ?
Manusia ni ada macam-macam hobi dan suka hati depa lah nak pilih hobi apa. Jangan cepat kondem orang itu ini. Hanya kerana kau jenis yang sosial, hobi kau berparti sana sini, tak membuktikan kau matang.
Hobi kau bersukan main futsal, main gym, main badminton, juga tak membuktikan kau matang. Apa yang boleh dibahaskan melalui hobi kau ialah sama ada kau sampah atau tidak.
Contohnya kalau kau jenis minat videogames tetapi habiskan masa dekat cyber cafe sehari suntuk, serong sekolah lepak sana, haa itu kategori sampah. Hobi kau pergi gym angkat berat kasi badan ketak-ketak, itu bagus. Tapi bila kau lebihkan perihal badan sasa daripada akademik, itu pun agak sampah. Macam aku pulak, hobi aku melepak memanjang, hal senaman semua aku tolak tepi.Jadi bila kita bercakap dalam aspek kesihatan fizikal, aku pun dikira sampah juga.
Aku sangat bengang dengan manusia yang suka kondem hobi orang lain, hobi dia saja yang bagus ceh.
Lantak pi lah dia dengan hobi dia, selagi dia tak jadi sampah sukahati dia lah nak minat naruto ke fantasy football ke menulis diari*lelaki khususnya* ke main tarik straw ke.
Semua orang pandang enteng. Mereka yang merendahkan elemen diatas secara membabi buta memang patut dihumban ke dalam longkang besar dekat Jalan Jasa 25 tu.
Aku memang lambat 4-6 tahun bab-bab gini. Baru sekarang dapat beli
|