Mirror
by Muhammad Khairi
Kita selalu dengar orang cakap, esp mereka yang baru lepas balik melancong luar negara
"weh UK lawa weh"
"weh Japan maju weh"
"weh US best weh"
Aku pun termasuk dalam golongan yang teringin nak duduk luar negara sebab to be honest, Malaysia ni bosan...bukan dari segi senibina tapi dari segi persekitaran dan perangai manusia dekat sini.Itu belum masuk hal politik serta kroni,lagi menyampah rasanya.Selayang is a mini Myanmar/Bangladesh you know.Disebabkan lama lagi bagi rakyat Malaysia untuk mempunyai mindset seperti rakyat negara maju, kita beralih pada aspek lain. Aspek yang tidak terlalu mustahil untuk kita majukan dalam masa terdekat, aspek pengangkutan awam.
Aku malas nak hurai banyak-banyak, sebab benda ini aku pasti semua orang pernah jawab masa tulis karangan Bahasa Melayu. Secara ringkas dan teori, penggunaan pengangkutan awam meningkat, kesesakan lalu lintas berkurang. Kita fokuskan dekat kawasan Lembah Klang. Semua tahu highway dan pengangkutan awam dekat sini semua canggih-canggih tapi masih tak cukup 'bagus' untuk orang kita. Sama ada servis macam sial atau kita sendiri tak support. Akhirnya, pendatang asing jugak conquer.
Tambahan pula, orang kita terlalu attached dengan kereta. Kereta adalah segala-galanya. Masih banyak jumlah kereta atas jalan albeit the taxes, kenapa? Rakyat Malaysia memang suka beli kereta. Itu fakta.
Rakyat Malaysia tak ramai yang guna pengangkutan awam, itu juga fakta.
Pernah sekali aku baca info tentang CEO syarikat apa entah di Jepun , beliau walaupun berpangkat tinggi tapi pi kerja sempoi je naik bas. Di negara maju seperti Jepun tiada lagi pemikiran "kereta melambangkan status", kalau ada pun depa simpan dalam rumah dan guna masa balik kampung je. Tapi macam aku cakap tadi, mindset kita masih jauh~.
Bercakap pasal mindset, sama juga hal motor-basikal. Dekat Malaysia ni dah jadi macam tradisi, remaja lelaki akan mulakan zaman pemberontakan dengan basikal, lepas tu ramai-ramai merempit naik motor. Kalau kau dah besar dan masih bawa basikal(bukan basikal sukan yang mahal-mahal tu, ini basikal pasar)
kau akan di-cop tidak matang. Disebabkan fixie juga telah femes, mat-mat punk serta rempit pun ikut sama. Kalau sekarang kau kayuh fixie secara automatik kau di-cop rempit pula. Ah dunia kita penuh dengan stereotaip. Zaman aku dulu main beskal syuga dan gt je tahu tak
Aku minat Jepun, depa punya kebersihan, budaya dan lain-lain. Not to mention, their highly-efficient public transportation service. Punctual, fast and satisfying.Well most of advanced countries have those. Aku teringin juga nak hidup dengan gaya ala-ala metropolitan tapi Malaysia ni panas *tiba-tiba* . Aku benci menunggu, memang gaya aku kalau buat sesuatu tu lagi cepat siap lagi bagus. Motorcycle seems like a good alternative. Aku tak perlu tunggu belakang bontot kereta , aku tak sesakkan trafik lagi Malaysia yang dibanjiri dengan kereta. Aku tak perlu tunggu bas/komuter/kereta api lama-lama dan bersesak dekat dalam tu. Aku sentiasa di depan. The only downside is "hujan panas kawan kita". Lagi satu bila kau bawa motor, anggota badan kau terdedah dan ini sangatlah bahaya. Walau bagaimanapun, perkara yang membahayakan dekat Malaysia ni ialah cara orang kita bawa kenderaan, tak kisahlah kau naik motor atau bawa kereta, sama juga tahap bahaya kalau kita masih lagi alpa di atas jalanraya.
The most I could do to reduce traffic congestion, walked to the school for my entire "menengah atas" session. Mungkin bila pengangkutan awan kita dah "punctual, fast and satisfying" baru aku perlahan-perlahan tinggalkan motor yang dah banyak berjasa ini.
![]() |
Gaya hidup metropolitan. Kalau di Malaysia, GASAK |