Massacre

by

Aku cuba karang jawapan aku secara ringkas supaya senang untuk kau guna atau tambah sedikit.

"Habis tu kau nak Cina memerintah?"

"Habis tu kau nak Malaysia jadi macam Singapura?"
"Habis tu kau nak orang Melayu duduk bawah Cina ?"

Soalan-soalan berbeza tapi membawa maksud yang sama.


Terima kasih kepada mereka yang masih tidak maju dari segi pemikiran, yang dalam kepala otak hanya  "ketuanan Melayu". Terima kasih juga kepada mereka ini yang menyebarkan ideologi rasis kepada kaum sendiri. Tahu apa yang kau dah buat ?


Jawapan: Apa yang penting sekarang, bangsa kau atau negara dan agama kau ? Terima lah hakikat kita duduk bawah satu negara berbilang kaum. Nak atau taknak kita kena berkerjasama. Tak perlulah nak berbaik sepanjang masa tapi yang penting sama-sama respek dan berusaha ke arah kestabilan negara. Kalau kau bangga sangat dengan supremacy Melayu kau, tengok balik diri kau. Baca balik buku sejarah. Kenapa nenek moyang kita terpaksa bawa masuk bangsa lain ? Dan masa merdeka pun terpaksa bergabung dengan bangsa lain ? Sebab kita perlukan sesama sendiri. Kalau ini pasal Melayu sahaja, dari dulu sampai sekarang Tanah Melayu ni penuh dengan orang kita sahaja.

Oleh kerana moyang kita lebih maju dari segi intelek dan tidak rasis macam cucu cicit mereka, mereka tahu kepentingan kaum lain dan gunakan kepentingan tersebut untuk memaju dan menstabilkan negara, bukan untuk menambahkan lagi huru-hara.

Jujur ,bagi aku kaum aku tak boleh terima hakikat yang kaum lain lebih berguna dan hebat dan mengharapkan 'ketuanan' itu untuk kepentingan sendiri bukan untuk kepentingan semua. Sebab itu bangsa aku makin malas, mengharapkan bantuan tanpa bekerja.Semua gilakan duit dan harta. Nak duduk lengang tapi taknak kerah tenaga. Nak kemajuan tapi taknak jalankan tanggungjawab. Nak pembaharuan tapi taknak pergi mengundi.Kronisme dan sebagainya. Tahu mengadu sahaja. Boleh tak kita pandang faedah jangka panjang bukan faedah jangka pendek?


Isu Cina itu ini itu ini sangatlah bodoh dan kaum ku senang sangat di-brainwash. Kalau kau nak pertahankan sangat ketuanan itu, kenapa tidak dengan ilmu? Mana ilmu orang Melayu dulu-dulu? taknak pula kau warisi ? Apa yang kau pandang benda material, sebab itu sahaja boleh buat harta bukan ? Walhal ilmu yang lebih tinggi nilainya ? dan akhirnya kau pilih api perkauman yang boleh mengkucar-kacirkan negara?


Selagi orang kita meletakkan sempadan terhadap sesuatu bangsa,jangan haraplah kita nak maju. Malah, lagi cepat proses kita menjatuhkan bangsa kita sendiri. Tak boleh ke terima kenyataan yang kita memang lemah dari segi politik dan ekonomi ? jika bangsa lain lebih mahir kenapa tak boleh berkorban demi kemakmuran negara ? Dah tahu lemah bukannya nak perbaiki, malah lagi mahu condemn dan jatuhkan sesama sendiri. Bila kita dah tak pegang apa-apa,barulah ada rasa nak bersatu-padu, berusaha untuk naikkan balik maruah. Ketika senang dan ketika pegang macam-macam, asyik bertelagah, selesa dengan kedudukan sampai tak reti nak perbaiki kesalahan sendiri.


Tolonglah, jangan sempitkan minda yang dah sediakala mundur ni lepas itu terhadkan terhadap limitasi "bangsa" sahaja. Kestabilan negara dan agama lebih penting daripada bangsa kau yang makin kasihan dan buta.Kalau betul kau nak pertahankan ketuananan Melayu, bukan ini caranya. Mass genocide? bukan itu caranya alahai!

 Caranya berhenti buat benda tak berfaedah yang kau sering buat,berhenti mengadu susahnya belajar dan lengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan akhirat dan dunia ,bersatu padu sesama melayu dan paling penting,sesama kaum lain untuk  kestabilan negara dan agama. Ngerti? AGAMA DAN NEGARA ,BUKAN BANGSA KAU SAHAJA.

Aku sebenarnya pun rasis juga. Semua orang rasis dengan cara tersendiri, Macam aku, rasis pada benda yang tipikal, contohnya Cina = rajin. Melayu= tak reti on-time dan sebagainya. Tapi aku jadikan benda tu sebagai cabaran untuk aku majukan diri( sedangkan bangsa aku sendiri boleh bangga " alah biasalah lambat, nama pun Melayu. sorrylah haha" Kau tak rasa bengang ke bila dengar alasan bodoh macam tu? no ini serius, bukan dalam nada gurauan.) dan juga "Bisnes,kenalah main kotor sikit. Biasalah orang melayu pakai benda-benda" dan " Ala kalau tak hisap rokok/ tak pakai helmet pun kalau tuhan kata dah sampai ajal,sampailah jugak" Tak ke bodoh pemikiran macam ni... aku cuba betulkan mana yang terang-terang sesat tapi kadang-kala faktor umur jadi penghalang. Maklumlah, pantang sikit orang muda betulkan, tercabar katanya. Dia sahaja yang betul. Tak boleh terima teguran lepas tu ada hati nak perintah negara ? Kau suka diperintah dengan ditaktor ?Nak marah kaum lain pegang ekonomi politik ? Ah tak faham aku sama depa racist bastard yang tak bertempat.


Situasi negara kita sekarang sama macam storyline manga yang aku baca: Naruto.

Dimana ada dua puak bertelagah, Uchiha dan Senju. Perangai orang Melayu kita sekarang lebih kepada Uchiha, yang mengagungkan supremacy bangsa dan akhirnya memakan diri, di-mass genocide oleh pentadbiran kampung kerana sanggup khianat(mencetuskan perang sivil) pada kampung demi kepentingan puak; dan bukan kepentingan kampung. Nampak tak persamaan tu? Kalau kita terus dengan sifat rasis yang tak masuk akal ini, tak mustahil kita yang lenyap daripada negara kita sendiri.

Persoalan utama: kenapa kita takut sangat situasi dalam ketiga-tiga soalan itu berlaku? Bukankah Melayu hebat sangat? Ketuanan Melayu level epik ?

Sebab kita tak yakin dengan bangsa sendiri, sebab kita semua sedar betapa lemahnya kita sekarang kemudian nak tuding jari dekat kaum lain konon pigi daaaa

Lagi sekali aku ulang, boleh tak dahulukan kestabilan dan keamanan negara dan agama daripada ketuanan kaum kau dan kepentingan diri kau ? Tak ada pun nama bangsa melayu dalam al-quran. Kita dah 2013 tapi masih ada mereka yang hidup dibayangi semangat perkauman.