Clan
by Muhammad Khairi
Aku tak faham bila ramai yang excited about the lahad datu issue, especially the young ones. Anak-anak muda yang menghabiskan masa melepak dan (aktiviti-aktiviti lain yang tak berbaloi untuk di-mentionkan) tapi bila pasal perang kemain lagi. Aku boleh terima kalau kau suarakan dengan nada patriotik..but when you use 'that' gangster,arrogant tone.. you can't simply just wage a war like that dear my countrymen. These people never learn from history. Go read a book about war(naruto is acceptable, since current arc is about war or watch rurouni kenshin ), or at least google some image about it. Aku bukan nak skeptikal, tapi kau baru pakai bangle rempit, rantai ,dah galak bila cakap pasal perang. This is not your average 'perang' gangster lah.
War is nasty. Tak kira apa tujuan dan hujah kau guna untuk buatkan perang itu 'sah' pada mata orang ramai, ia tetap bencana. There will be casualties for sure. Sila jadi realistik , setakat kau gangster kampung takpayah lah sibuk-sibuk nak ikut berperang. Biarlah mereka yang terlatih pergi, kadar peratusan untuk misi itu berjaya lagi tinggi, itu lebih penting. Selesaikan dulu tanggungjawab kita yang lain, tanggungjawab terhadap keluarga, tanggungjawab terhadap jiran, tanggungjawab terhadap kampung, dan paling penting tanggungjawab terhadap agama. Kalau adik-beradik kau sendiri pun kau tak boleh 'selamatkan', dengan jiran pun kau tak reti nak respek, keamanan kampung pun kau tak reti nak jaga, dan perkara fardhu pun kau tak tahu , kau nak kami letak tanggungjawab berperang untuk negara dekat bahu kau ? So I say it again, please be realistic. You know what kind of life will those without country be facing.
Aku teringin nak jadi askar.Askar antara pekerjaan yang noble, bagi aku. Bila baca buku sejarah dan mitos pasal pahlawan melayu dulu-dulu, aku jadi excited, sebab itulah aku masuk silat haha. I mean, this sounds cliche but siapa taknak berjuang ,mati syahid pertahankan negara dan agama kan? Bermakna sikit hidup ni daripada pagi petang habis masa dengan online,melepak etc. Sekarang aku sedar yang aku takboleh because of the obvious limitations(sight, stamina,etc) tapi kita tak semestinya kena berada di medan perang untuk berperang, banyak lagi caranya. Maybe instead of a gun, I will use a computer, as a engineer, to help this country, who knows? Kita kena sedar limit kita, jangan bebankan orang lain atau negara sendiri dengan kelemahan kita. Guna kelebihan yang ada. Even kalau kau tak mampu nak ke lahad datu sana,atau tak mampu nak ke masjid untuk solat hajat sebab sibuk pi shopping;kau boleh je berdoa untuk kejayaan tentera kita ,itu pun dah cukup.