Wizard

by

Baru tadi ada seorang kawan aku bertanya pasal jailbreak( sila google kalau taktahu ya) nak install whatsapp pada ipod katanya. Bila aku tanya dia pernah jailbreak ke belum,katanya pernah. Waktu dia dulu kedai caj rm50 untuk jailbreak, sekarang taktahulah. 

Bagi aku, zaman sekarang ni kalau sekadar nak install firmware/software' amat zalim kalau kedai tu kenakan caj. Maksud aku,kerja itu sangat simple : sekadar cucuk kabel pastu tekan-tekan. Upah sampai berpuluh-puluh pulak tu. Aku bukanlah nak cakap aku hebat sangat bab-bab it ni tapi kalau dah benda tu memang boleh buat sendiri hanya dengan bantuan internet(dan sedikit kefahaman english,of course) apa salahnya cuba? Kadang-kadang tu ramai juga tanya pasal jailbreak dekat aku, aku siap bagi step by step tutorial gitu. Kalau nasib baik sikit aku terus amik idevice dia, tolong setupkan terus. Sekadar caj milo ais secawan saja.

People nowadays ask upah for silly thing with too damn high price. Kau download file tu free, app free, godek-godek peranti orang tu,lepas tu upah kemain. Kalau upah tukar minyak hitam, tukar tayar, pasang fork dan tapak tiga, itu aku fahamlah,kerja memerlukan kudrat, berbaloi lah dengan bayaran yang dikenakan. Ini software stuff , freeware pulak tu. Lainlah hardware,memang kena ada skill nak buka peranti tu. Kalau tak mahir memang barai harta pelanggan.



Zaman sekarang amatlah perlu bagi setiap individu ada kemahiran komputer. Lagi bagus kalau tahu coding/programming. Tak perlulah coding tahap gaban, cukup sekadar tahu basic. At least takdelah kena tipu hidup-hidup. Maksud aku, zaman sekarang kan zaman IT, zaman teknologi dan gajet,zaman internet. Computer is like an international language you know. Sama macam english. Zaman sekarang kalau taktahu bahasa omputeh susah beb. Kalau english pun kau tak faham, how can you handle a computer ?
I'm not talking about a typical computer only, I'm talking about laptop,smartphone,tablet and such.


Menghabiskan masa sebagai lepasan spm dengan subjek ini

These days, even diploma graduate pun terkial-kial tak tahu guna program komputer. Memalukan.
Cuba fikir, kalau sekarang pun hidup kita dikelilingi dengan gajet, how about 20 years from now ? Buang air pun kena masukkan password dkt tandas rasanya.You need a vast knowledge about technology, about computer, about coding in order to become successful.

Budak zaman sekarang tak reti guna kelebihan yang ada, tahu guna gajet untuk main game dan social instead of reading and learning. Macamana nak capai wawasan 2020? banyak tau educational apps ,tolonglah manfaatkan. As for coding, sayang lah benda tu terhad kepada pelajar pendidikan tinggi. Untuk kanak-kanak yang masih fresh ? untuk budak sekolah rendah ? sekolah menengah ? Kata nak negara maju tapi tak support early age IT development. Nasib baik ada website yang bagi tutorial online, free gitu : codeacademy, khanacademy.


Tak kiralah kau nak jadi rockstar atau ketua kampung, coding sangat penting. Learn the basic at least.


kindly watch the video,it's very motivating