Fire Release
by Muhammad Khairi
Please clear your mind out of some racist thought. What I'm trying to deliver here isnt a racial ideas, but the importance of knowledge and civillised mentality
Sometimes, random things just happened. I love when such situation comes and restore my faith in humanity.
Contohnya, tadi aku solat zuhur di masjid ( ini juga random, aku dah dekat sebulan tak pergi kecuali solat jumaat) lepas tu aku ternampak seorang hamba Allah ni, duduk beriktikaf sebelum menunggu solat berjemaah. His face is quite familiar, I mean every face is familiar since this is my hometown. Idk, his face looks "cleansed".
Sebenarnya, hamba Allah tersebut salah seorang daripada beribu anak muda dekat Selayang Baru yang, alah fahamlah , lepak-rempit-gangster-kampung. Aku suka bila manusia, tak kira betapa teruk background dia, cuba untuk datang jugak masjid, dekatkan diri dengan Allah. The problem is ,teenagers in here are so damn proud of themselves. Tak mahu belajar dan tak mahu cuba. Masing-masing dengan mentaliti " Ah aku dah macam ini, keluarga aku pun dah macam ini, biar sahajalah "
Dekat kawasan Selayang Baru, hampir separuh diduduki Indo Minangs . Aku tak kisah kau dari puak mana, bangsa mana, apa aku akan tengok mula-mula ialah cara kau handle alam sekitar amnya, kebersihan khususnya. Aku malas komen banyak-banyak aspek kebersihan, orang Malaysia pun sama jugak.Isu agama pula, hmmm aku juga berkawan rapat dengan orang Minang, mereka pun berkongsi apa yang aku rasa : aspek agama, kebersihan, moral.
One of them told me that when he was visiting his hometown for kenduri doa selamat, he got angry during the ceremony because, instead of praying, they( the people in his hometown) were 'chanting'. Since that was his grandmother's, he was really furious. Then his cousin explained to him, they don't follow the ajaran sesat, it's just the right way of Islam teaching just don't reach yet. They just follow what their ancestors,old people of Islam teach to them, and that's it, just follow. When people get used to something, as it becomes habitual, it becomes harder to change. Certain of Islamic scholars did come and teach them with their own efforts(albeit the political condition of the country) the 'right' way but things get back like they were. As you know, Indonesia is a big country, it's not easy to spread the right and uniform teaching, especially in the rural areas. As result, some villages were left behind in terms of Islamic teaching and laws.
Main point is, kita di Malaysia ni beruntung sebab silibus pendidikan agama dah tersedia, tinggal nak baca , fahami dan praktik. Sumber ilmiah ada dimana-mana. Tapi macam biasalah , bila benda dah ada depan mata susah nak hargai. Bagi aku, nak tahu hukum-hakam dari A-Z memang payah, jadi kita ambil tahu mana yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita dahulu, lengkapkan yang utama. Contohnya, hukum solat, wajib. Hukum pakai rantai bagi lelaki, tak boleh sebab menyerupai wanita. Hukum lelaki solat di masjid tapi pakai rantai , haa acano? Again, ambil tahu yang basic dulu.
Jangan bash aku pasal bercakap tentang hukum-hakam, aku cuma bagi contoh. Aku pun banyak tak complete, masih ada cacat-cela tapi yang wajib tetap wajib. Isi utama aku dekat sini ialah, cuba untuk belajar. Jangan tutup kepala otak ,anggap diri tu akan kekal selamanya macam itu. Bukan sekadar ilmu agama, ilmu-ilmu lain pun begitu juga. Hanya kerana kau sekadar ambil sastera masa spm dulu, tak bermaksud kau tak boleh baca buku biologi, ilmu tetap ilmu. Percuma dan tak terbatas.
Depa suka bagi alasan 'hidayah tak sampai lagi'. Hidayah tu kena cari bang, contohnya macam hamba Allah tadi, cuba pergi masjid , iktikaf, solat berjemaah etc. Baru ada pemangkin untuk berubah. Kalau masih duduk di lokasi lama, even nak angkat kaki melangkah pun malas , agak mustahil. Hari ni mungkin seorang hamba Allah, esok lusa aku datang masjid mungkin ramai lagi hamba-hamba Allah lain yang sama background macam dia; cuba untuk perbaiki diri , mana kita tahu ?
![]() | |
Indeed |