Bibliography

by

Genap 5 hari sejak hari keluar keputusan spm 2012, alhamdulillah. Seksa tahu tak menunggu benda-benda macam tu ? Mula malam aku ahad aku dah payah nak lelap, sampailah malam khamis. Perghh. Tiap-tiap hari yang dilalui terasa lama dan panjang, till the moment you grab your own result slip.

Aku ingat lagi , teacher Mercy yang disayangi pernah habaq dekat kami Theta masa tingkatan 4 dulu


" Never say thank you to me every time the class ends, I don't wanna hear it. If you really wanted to thank me, do it when the time comes ; the day you get you result " 


Alhamdulillah, aku dapat juga ucap "thank you" dekat beliau, aku salam tanda terima kasih atas segala yang beliau ajar, dari bab grammar sampai bab essay, dari bab self-esteem sampai bab lawak omputih. 


Aku ingat lagi, cikgu Rosmazarah pernah cabar kami supaya dapat A addmath. Dekat sekolah tu tak pernah lagi ada Melayu dapat A dalam official tests. Jadi masa trial aku pulun sesungguh, dan terbaik aku pernah dapat masa tu; B+ . Hampa gila aku. Betapa aku cuba nak banggakan cikgu, tak kesampaian hajat. 


" Ala spm kan ada lagi, takpe lah Khairi , awak dah cuba yang terbaik "


Aku ni walaupun muka agak buragas, bila dengar beliau camtu, sebak weh.

SUMPAH
SEBAK

Kalau boleh aku nak jumpa semua cikgu, tapi takde kesempatan. Ustazah Laila tak sempat jumpa, Puan Norzana pulak aku hanya mampu text ucap terima kasih daun ketum. Surely, kalau boleh aku nak ucap terima kasih dekat semua cikgu-cikgu aku, dari tingkatan 1 sampai ke tingkatan 5


Terima kasih cikgu. (nak list semua nama memang panjang berjela)

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, terima kasih sebab tegas 
Terima kasih sebab suka marah-marah pasai kami ni loqlaq sikit, kalau tak kena marah memang macam tu jela.

Aku bersyukur cikgu-cikgu aku semua bukan jenis yang kisahkan gred semata. Hal moral, perangai kau , confidence level semua depa pupuk. Alhamdullillah. Kadang-kadang tu perasaan cinta sesama classmates pun depa pupuk kahkahkah.  

Ye cikgu Zahariah saya janji saya akan aktif koku masa U nanti.

Terima kasih ibu abah.

Terima kasih adik-adik.
Untuk apa lagi aku berkorban kalau bukan untuk keluarga sendiri. Degil tu biasalah ..anak zaman millenium mana tak degil.

Terima kasih kawan-kawan.

Terima kasih rakan sekelas.
Terima kasih rakan sekolah.
We had our times, couldnt think of what will happen if I have to face such things alone.Well I was alone, but not 'that' alone.I will forever cherish our moments, Thanks a bunch.

Terima kasih senior, kak Cheyah dan kak Caer khususnya

Among geniuses I respect a lot, whose intelligence I envy so much. One of the reasons why I keep challenging myself.
Terima kasih junior, Nanab, Amir Rusydi, Alya Sarah khususnya
Kalau tak sebab korang, aku takdenya nervous pasal result tau.Yela mana tau, dok sibuk motivate junior tapi result sendiri kelaut.

Terima kasih budak-budak depan.

Aku tahu sorang pun takkan baca blog aku tapi kau orang main peranan besar, walaupun aku hanya budak kecil di situ tapi kalau tak ada kauorang tempat aku melepak , hilangkan stress dan ketawa berjemaah, aku rasa aku dah lama gila. Bila fikir balik,masa aku melepak dengan kauorang lebih dari masa aku study dekat rumah hahaha.

Terima kasih , those two. Shodaime, Nidaime.


Terima kasih SEMUA

Paling penting, terima kasih Ya Allah, Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Kau berikan ya tuhan.




Tamat sudah satu stage hidup, mari ke stage seterusnya. 


Lupa nak tambah lagi satu nama penting, Sir Barvil
Guru tuisyen Fizik aku dekat Didik Jaya, satu-satunya kelas tuisyen yang aku pergi sepanjang sesi persekolahan aku. Kenapa ? sebab Sir Barvil is a "living legend" !
I have huge respect for him. His teaching style, his jokes(obviously haha).
Kalau kau ambil subjek fizik, pergilah menuntut dengan beliau dekat Didik Jaya sana.
Terima kasih ,Sir Barvil