Experience
by Muhammad Khairi
Rasa semangat nak update blog bila ada orang tu puji.
Kali ni aku nak luahkan sedikit pendapat tentang sistem pendidikan dekat Malaysia, sebab hari tu aku ada terbaca satu tweet obe "science being at the top and arts at the bottom of hierarchical arrangement of subject" , nukilan fb aiman azlan.
Hanya kerana kau ambil subjek sains, tak bermaksud kau pandai, tak bermaksud kau dijamin dapat kerja elok,tak bermaksud juga kau akan kaya. Begitu juga dengan seni, tak bermaksud kau lebih kreatif, tak bermaksud kau saja pandai menghayati dan memahami sesuatu seni, tak bermaksud juga kau akan kaya.Satu benda sahaja yang sama, iaitu kau lebih berilmu dan mahir dalam bidang kau berbanding mereka yang tak sama bidang. Tapi itu juga bermaksud kau kurang berilmu dan mahir dalam bidang yang kau tak ambil, ada faham? Learn to respect each other
Bagi aku, nak berjaya cukup dengan rajin dan disiplin, tak kisah dalam apa-apa bidang pun. Contohnya, sekiranya kau bekerja sebagai gangster,kenalah rajin kutip orang dan ambil tahu apa-apa yang berlaku dalam kawasan kau. Kena berdisiplin, barulah anak-anak buah hormat,barulah boleh naik pangkat.*sarcasm*
Satu lagi kelemahan sistem pendidikan Malaysia ni, kita di-brainwash supaya berfikiran "golongan yang tak sambung belajar ialah golongan loser" Aku bantah ini sama sekali. Aku ulang sekali lagi , hanya kerana kau sambung belajar, tak bermaksud kau pandai, tak bermaksud kau dijamin dapat kerja elok, tak bermaksud juga kau akan kaya. Apa yang penting ialah rajin dan disiplin. Kalau manusia tu terus kerja instead of sambung belajar, tapi dia sentiasa rajin dan berdisiplin tak mustahil suatu hari nanti dia akan berjaya sama macam manusia yang sambung belajar. Apa yang patut diterapkan ialah semangat untuk terus belajar selama kita bernyawa, bukan semangat untuk sambung belajar(IPTA /IPTS) . Lebih baik manusia yang terus kerja tetapi tak pernah jemu baca buku, tuntut ilmu ketika di rumah atau mana-mana, berbanding mereka yang sambung belajar tetapi tak pernah ikhlas ; hanya belajar semata nak lulus exam dan bukan untuk manfaatkan ilmu tersebut, satgi bila dah kerja satu hapak pun tak ingat.
Bercakap pasal kerja, being a despatch is my dream and I have achieved it. Aku suka kerja jenis merayap macam despatch, tak adalah terperuk sahaja dalam pejabat. Tapi tak mahulah kurier makanan segera,nanti penat sebab terkejar-kejar. Aku berangan kalau suatu hari nanti aku dah ada company sendiri, aku nak try jadi despatch sehari,mesti employees aku terkejut sama ke-sempoi-an boss depa.
Bercakap pasal kerja, aside from doctor and teacher, I do think postmen is such a noble job. Lagi-lagi posmen sekarang, dengan kepesatan internet dan gaji yang tak seberapa tapi masih gigih nak menghantar surat. Tapi politician lagi noble...