Keep Calm

by

Sebenarnya, cerita rock tak lawak mana pun bagi aku. Aku expect rock oo pun sama sebab ini bukan cerita lawak, lebih kepada tema persahabatan aku rasa. Biasalah cerita melayu, jalan cerita samar-samar tapi plot cintan kemain. Ada satu cerita tu kemain aksi tumbuk terajang gedebuk bagai tapi alahai terselit juga adegan cintan yang bagi aku tak relevan, tak ada pun tak apa.

Jadi kenapa aku beria sangat ? Bukan apa, bagus juga ada Mamat Khalid ni. Kalau tak memang cerita melayu yang ada mesti pasal hantu, tak pun gangster, tak pun rempit. Tipikal. Aku menyampah betul dengan filem-filem yang diarah oleh konco-konco david teo. Mengarut lagi menyesatkan. Kualiti tak ada langsung , daripada kualiti gambar sampailah ke kualiti skrip dan plot. Dah tu nak cover line cakap ' cerita ini banyak pengajaran yang tersirat, pengguna kena bijak mentafsir blabla'.


Aku kaji satu-satu trailer dan teaser filem rock oo ni. Kononnya banyak reference, eg; wings mandi laut, parodi konsert sweet charity etc. I loike references. Aku ada tonton satu episod House where he mentioned archeus ; a reference to a legendary pokemon. Fuh rasa macam segala apa yang kita tengok,baca dan belajar dapat pengiktirafan! well, eventho archeus is a later-generation, it's still a pokemon dan bukan pasal pokemon yang aku nak cakap dekat sini, tapi pasal 'reference'. Then, ada pekin berlakon ala-ala slash. Nampak awesome sebab dalam trailer watak dia macam cool je tak banyak cakap. Sofi Jikan pulak jadi Zul Kapan , tiap kali menjerit habis kilat petir menyambar. Aku suka pelakon yang low-profile macam Sofi Jikan ni. Zul Huzaimy, Sofi Jikan,Hairie Othman and Datuk Rahim Razali,antara pelakon-pelakon melayu feberet gua. Bukannya macam pelakon baru nak up muka kacak jambu+metrosexual je lebih tapi berlakon kaku. Apa barang lelaki kulit putih..tak macholah.


Lagi satu,filem-filem Melayu ni kurang musik latar, ataupun background theme ataupun score. Contoh bila kau tengok the dark knight trilogy,scene aksi ada bunyi 'dum dum dum' gitu. Even masa adegan bercakap pun ada bunyi sayup-sayup so that penonton akan terbawak-bawak/emo dengan jalan cerita, takdelah bosan. Filem malaysia ni pulak kejap ada musik kejap tak, kadang-kadang depa masuk terus lagu(maksud aku lagu berlirik) setepek camtu, tanpa potong kasi ngam dengan scene. Menyampahnya aku ,opening kamen rider pun pandai fit in lagu, takdelah main pasang je lagu tanpa edit part mana yang sesuai dengan scene.Cerita Mamat Khalid ni banyak scene yang,macamana aku nak cakap eh, 'awkwardly funny', faham ? Bila ada punchline , respons daripada crowd dalam scene tu macam... janggal tapi lawaknya tetap sampai. In fact, bagi aku kejanggalan tu yang buat filem Mamat Khalid lawak.


Zaman dah makin maju, tak kira betapa bosan pun cerita tu, for sure bila HD rasa excited sikit. Nikmat lain woi bila tengok HD, sedap sikit mata memandang walaupun jalan cerita merapu. Walau bagaimanapun, aku tetap dengan prinsip 'cerita melayu tak berbaloi tengok wayang, tunggu saja di youtube' kahkahkah.