Telltale
by Muhammad Khairi
Aku nak share sesuatu sebelum kepala otak ni berkarat,almaklumlah awak penganggur sekarang. Takkan lepas spm nak kerja terus. Kita relaks dulu, ye dok?
Satu benda aku belajar di sekolah menengah ialah study smart lepas tu baru study hard. Faham? siapa kata takpayah study hard ? Bohong. Oleh itu, aku nak turunkan ilmu-ilmu 'study smart' aku cewahh. Mana yang boleh ikut,ikutlah. Post ini aku spesifikkan untuk pelajar menengah atas; aliran sains.
Bahasa
BM : Masa buat karangan, keluarkan saja semua isi.Luahkan segala yang ada dalam kepala otak kau. Komsas? takpayah sibuk nak hafal satu buku nota sebab soalan lebih kepada kbkk. Kau baca petikan pun dah cukup, yang penting kau pandai twist nilai dan pengajaran berdasarkan petikan yang diberi. Novel ? 2-3 minggu sebelum exam biasakan baca buku nota untuk novel yang cikgu bagi. Mesti kau dah siap-siap lekat handout sinopsis,nilai dan pengajaran,plot yang cikgu kau bagi kan ? Baca saja benda tu. Baca sambil-sambil pun jadilah.
BI : Biasakan diri jadi budak bandar sat, baca novel ke tengok drama omputeh ke. Kalau aku, aku tengok House dan The Big Bang Theory. Alah kalau dah hari-hari tengok,secara automatik grammar dan vocabulary kau meningkat, membantu masa nak tulis esei. Novel pun sama, kumpul handout yang teacher kau bagi, 2-3minggu sebelum exam tu baca tiap-tiap hari.
Sejarah
Kalau kau ni jenis manusia malas menghafal, silakan baca teks tingkatan 5 sahaja sebab esei ada 5 soalan, 2 tingkatan 4 dan 3 tingkatan 5. Cukuplah nak sekadar nak lulus. Bila tulis esei,keluarkan semua yang kau tahu, yang mengarut-ngarut pun tak apa. Janji isi cukup.
Ikhlas kata, silibus menengah atas sangatlah bosan berbanding menengah rendah. Ikhlas kata, buku teks menengah atas pun membosankan. Aku syorkan beli buku ni saja. Buku teks kau tolak tepi, buat apa nak baca buku banyak-banyak ? buat serabut kepala.Since this book uses diagram method,chances are you understand the stuffs better. Baca buku teks sangatlah mengantuk sebab teks meleret-leret! Buku ni amatlah mudah nak baca dan kalau kau selalu baca,insya-allah A tu selamba jelah. Tapi kalau nak A+ usaha lebih le sikit.
Math
Buat Past year question.HARI-HARI. Benda basic macam factorize kena mahir.
PAI
Kelebihan SMKDE ni dekat modul dia aje. Simple dan straightforward. Guna kaedah diagram jadi senanglah kau nak faham. Masalahnya, budak-budak malas nak siapkan modul. Acano nak baca kalau modul tak siap? Kalau boleh isi je modul tu siap-siap. Takpayah nak sibuk baca buku teks. Pening nak baca jawi tu. Baca saja modul yang dibanggakan oleh para ustazah ini. Conteng belakang modul kau dengan guideline tajwid,senang kau nak refer nanti.
ADDMATH
Sama macam math, rajin-rajinkan diri buat Past Year Question book. Soalan addmath ni sebenarnya berulang-ulang. Sekali kau dah faham pattern ,Insya-allah kau cepat tangkap. Addmath ni lebih kepada ujian mental sebenarnya. Aku perasan ramai pelajar complain pasal subjek ni. Semua tak suka dan benci addmath blablabla. Acane kau nak mahir kalau terus tak suka dan tak ada usaha nak suka ? Subjek ni banyak membantu nak sambung belajar nanti tahu tak ? result addmath kau baik baru U pandang,berbanding dengan mereka yang cemerlang tapi tak ambil addmath. Lagi-lagi pelajar akaun. Nasihat aku, jangan cepat mengalah. Addmath ni memang susah bak hang. Kalau tak ada skill,memang jahanam jawapan, sesat. Jangan biasakan diri kau biarkan soalan tu bila taktahu. Cepat-cepat tanya cikgu atau kawan yang lagi pandai. Lagi banyak soalan kau hold sebab takdapat jawab, lagi menyampah kau rasa. Tapi bila sekali kau dapat jawab, heaven!
Aliran Sains
Physics : Subjek ni lebih kepada aplikasi. How can you apply something in a given aspects if you don't know how the hell it works ? Contoh. Bagaimana kau nak gunakan prinsip Bernoulli untuk terbangkan kapal terbang kalau kau taktahu apa kebendenya prinsip Bernoulli? the pressure ? the speed?
Again, textbooks are such a disgrace. Beli satu buku rujukan yang tebal tu (mine's Pelangi) dan bacalah sampai khatam. Fizik ni semua pasal formula jadi kau kena pandai susun formula tu.
Let's say
F=MA
where F=force,M=mass,A=gravitational field strength . Dekat sini, yang sebaris dengan F is directly proportional. In simple term, F increase>M increase>A increase. Kalau nak cari force, kau guna F=MA. Kalau nak cari A pulak? alih jelah macam kau buat math ;
A=F/M
see? Sekarang M dah tak sebaris dengan A sebab dia dekat bawah(bahagi). Kita panggil depa inversely proportional. Maksudnya kalau A increase>M decrease. Tebalik.Pasaipa? pasai depa tak se-gang dah. Sorang atas sorang bawah.
Benda ini ada dalam silibus mathematics form 5; Variation. Mahirkan diri kau dengan subjek ini, serius senang. Amat membantu dalam fizik, sebab kau tinggal nak modify formula saja.
Aku takpernah tusyen sejak dari tingkatan 1 sebab kalau aku tusyen,bazir masa tidur aku. Tapi tahun ni,pecah tradisi sikit. Aku masuk tusyen Fizik dekat Didik Jaya :on sole purpose; Sir Barvil. Kalau nak cerita pasal beliau, kena buat post lain baru cukup. Beliau memang the best. Teaching style and teaching method beliau memang legend. Masa beliau buat seminar SPM hari tu, beliau ada bagi ni
Tebal juga benda ni. Ini cara senang untuk jawab kertas 2 bahagian B dan C. So simple! Cuma definisi dan sebab yang pendek. Kalau kau baca benda ni, mesti kau menyesal baca buku tebal-tebal. Aku taktahu aku akan kena saman dengan beliau ke tak kalau sebarkan benda ni. Tapi serius handout ni banyak membantu. Sila cari senior-senior yang dulu tusyen Didik Jaya, minta benda ni dekat depa.
Chemistry : Jangan ngada-ngada nak hafal periodic table. Apa yang kau patut hafal ialah
- elemen-elemen dalam group 1,17 dan 18.
- Electrochemical series : Kalau Nak Cari Mangkuk blablabla
- Test untuk cation,anion,gases and such (Qualitative analysis of salts)
*tak jumpa gambar dekat google*
Buku ni pun senang dibaca, difaham dan dihafal. Tapi kau masih perlukan buku rujukan yang tebal tu untuk maklumat lanjut. Still, buku ni pun sebenarnya dah cukup. Bagi aku, kimia ni lagi senang daripada fizik tapi tak seronok fizik. Kimia ni macam cerita House. Soalan dia macam penyakit. Bila dia tanya apa benda ni yang bila direaksikan dengan hydrogen chloride, akan jadi white fumes? So kau kena diagnose 'penyakit' tu berdasarkan ilmu kimia kau. Jawapannya gas ammonia. Mahirkan 4 bab terawal tingkatan 4. Itu benda basic gila,tolong jangan spoil. Kena tahu balance equation. Sebelum kau orang tahu balance, kau kena tahu reactant dan product. Mana boleh main bubuh,kena ambil daripada kitab jugak. Dah betul reactant dan product baru boleh balance-kan.Kena faham salts, TERUTAMANYA Qualitative Analysis. Kena faham oxidation dan reduction. Kena fahan electrolysis. Kena faham beza anode dan cathode. Kena faham faktor yang affect rate of reaction. *perhati susunan topik ini betul-betul* Chemistry's silibus is such a mess. Patutnya redox reaction kena belajar masa tingkatan 4, baru kau faham tajuk-tajuk lain,since chemistry is all about reaction and equation.
You need an ace in the hole
Setakat ini sahaja. Mana yang kenal dengan aku tu boleh je minta tolong ajar kalau tak faham, itupun kalau aku ingat lagi ilmu-ilmu. Boleh text atau tweet aku. Mana aku mampu,aku bantulah. Aku ni tak adalah pandai mana, nak kata pandai ramai lagi tapi bukan apa, aku perasan yang bangsa aku makin malas.Cina dan India top10 dalam sekolah. Melayu sibuk main entah ke mana. Bukan aku cemburu bangsa lain makin maju.MEMANG AKU RASIS PUN.Tapi tak bermaksud aku benci bangsa lain. Relaks je aku peluk Arvind, peluk Boji, belajar dengan Tan Ze Kai, kacau Leong Kok Weng tidur. Sikap rasis aku tak mempengaruhi tingkah laku aku.Masalahnya,aku risau tengok bangsa aku makin malas.*lol me sound so ibrahim ali* Kalau tak maju dan tak cerdik tak apa kalau rajin , ini dok eh. Masa exam baru terkial-kial nak buka buku. Peringatan untuk diri aku sendiri jugak ni.