Casualties

by

Part 1*may contains unobvious sarcasm,various media references and sorry for the rojaks*

Penyataan yang kita biasa dengar daripada mana-mana pro

Kerajaan : Kau orang patut bersyukur kerajaan dah buat macam-macam untuk kita, beri pelbagai kemudahan percuma,bantuan etc. Pemimpin kau orang cuma pergunakan anak muda untuk kepentingan politik.
Pembangkang : kami cuma tuntut pilihan raya dan sistem politik yang bersih. kau orang semua taktahu apa yang kerajaan buat,kau nampak yang baik-baik sahaja walhal? at least kami bersuara untuk rakyat.
Neutral : lantaklah dengan politik. Politik negara kita ni kotor, aku takmahu masuk campur *sambung main dota*

Aku neutral dan sebagai mukadimah; memang kerja mana-mana kerajaan di muka bumi untuk memudahkan hidup rakyat sebab mereka berkhidmat untuk rakyat.

Bagi aku,zaman sekarang tiada kerajaan yang benar-benar tulus,suci. Kerajaan yang memerintah secara efektif itu mungkin wujud tapi politik yang bersih? jangan jadi naif. Pemerintah dan kru akan pastikan pemerintahan mereka berterusan dan kepentingan mereka terjamin. Takkan nak pegang kerajaan secara suka-suka selama 3-4 tahun lepas tu letak jawatan pulak ? Pembangkang pula akan pastikan mereka dapat perintah negara, dan bila mereka jadi pemerintah then you can see the obvious cycle.

Akan ada pihak yang tak puas hati dengan pemerintah atas sebab satu projek negatif, rasuah atau iklan kerajaan yang lame, pilih mana suka. Atas nama keadilan *ceh*, pihak ini akan bangkit dan dibantu oleh pembangkang *cliche* then they demo and rage all the way. Bila ada demo dan pemberontakan,akan berlaku percanggahan prinsip antara masyarakat, benda terakhir yang kita mintak simpang ialah perang sivil. Kuasa luar akan lihat situasi havoc ini sebagai peluang nak masuk campur dan ambil alih tampuk pemerintahan. Benda senang ini buku teks. Kesudahannya, kedua-dua kerajaan dan pembangkang tak dapat apa-apa. Sebab itulah Itachi bunuh semua puak dia! ehem tak ,maksud aku akan ada pihak yang sanggup kotorkan tangan sendiri untuk pastikan keamanan negara walaupun terpaksa dicop sebagai penjenayah. Mereka yang patriotik, utamakan kestabilan negara dan berusaha kekalkan keamanan negara,mereka yang cintakan tanah air dan tidak terikat dengan perbezaan kaum atau parti. Call them the governments' tools but still,they sacrifice more than us.


Dari kaca mata pro-pembangkang pula, memang betul sesetengah tindakan hanya memburukkan situasi negara tapi sampai bila? sampai bila nak berdiam dengan kerajaan yang korup? ahli-ahli kerajaan hidup makin senang,selamat dan kaya-raya walhal rakyat makin susah dan tak hidup tak aman. Pergi jahanamlah sama kapitalis dan korporat. Lebih baik bangkit sebelum negara lumpuh sepenuhnya. 


" People should not be afraid of their governments, governments should be afraid of their people."


Neutral pula ? Well kalau kau boleh pilih untuk jadi pro-kerajaan atau pro-pembangkang, kenapa orang lain tak boleh pilih untuk tak sokong kedua-duanya?atau sokong kedua-duanya? Ini masalah kewujudan golongan fanatik. Sila respek prinsip orang lain ye. Ramai orang sibuk nak tunjuk betapa korup dan rosak negara mereka tapi pernah sedar yang semua bermula dari diri sendiri ? attitude, knowledge,cleanliness,religion. Jenis yang tak suka membaca buku ilmu, kutuk orang yang menuntut ilmu, tak endah akan kebersihan , menganggur dan bangun tidur pukul 1 petang , tiba-tiba berdemo dengan semangat menuntut macam-macam hak dikembalikan ? seems legit.


Bagi aku, ahli politik dan pemerintah tak patut diberi gaji yang lebih dari sepatutnya, atau rumah yang besar dan kereta yang mewah serta pejabat mereka patut berada dalam atau depan rumah ibadat supaya mereka sentiasa tak lupa diri dan bersederhana.  kahkahkah Nampak tak betapa waraknya gua?


People said we should embrace the dirtiness of politics,as if it's natural but I do think there are many ways to settle the cases.

Aku rasa isi post sudah cukup menampakkan aku neutral tapi itu tak bermaksud idgaf.

why so serious ?