Unpleasant
by Muhammad Khairi
Fenomena ni semakin menjadi-jadi sampai buat aku muak dan menyampah. Aku tak rasa yang , sebagus atau seramah mana pun kau, kau perlu ada dalam list aktiviti seseorang tu 24 jam. Setiap orang ada pilihan sendiri , hidup sendiri. Tak masuk akal langsung untuk kau kecil hati bila kau tak dapat keluar bersama. Dia ada pilihan dia sendiri, kau pun sama.
Benda ni banyak kali jadi dekat aku and to be honest memang la terasa jugak. Tapi sebelum aku nak melenting tak tentu pasal , I will rationalize myself first.
Apa yang aku ada sampai, apa yang bagusnya aku, apa yang specialnya aku, ramah sangat ke aku, pandai bercakap sangat ke aku sampai aku nak kena ada, wajib-diajak bila sesuatu group tu nak ke mana-mana majlis ? TAK.
Sebab tu la kita kena biasakan diri hidup sorang-sorang, berdikari dalam apa jua keadaan. Bila terlalu bergantung sangat dekat kawan-kawan, depa pun menyampah. Takdelah kau tak payah berkawan langsung tapi kau kena tahu la limit kau sampai mana. Kawan tu kau kenal tak sampai 3 tahun tapi kau dah pijak kepala dia bila dia bagi muka. Manusia macam ni memang patut kena campak dari tingkat 3 Desa Mentari terus.
Aku rasa hidup aku sekarang penuh drama. Dekat kelas drama, dekat rumah drama. Situasi ni buat aku suka termenung,mengelamun sorang-sorang. Kalau kau orang nampak aku bawa motor slow bila sorang, jangan tegur sebab aku tengah stim time tu haha. Banyak memikirkan masalah yang tak relevan untuk difikirkan, remaja oh remaja.
"make friends. you don't need a lot but just a few TRUE friends you can REALLY trust" - Kushina to Naruto
True. Apa guna ada kawan ramai tapi tak ada satu pun yang boleh 'through thick and thin' dengan kau ?