Truth

by

Soalan tipikal cikgu tadika tanya masa kecik-kecik dulu

" Apa cita-cita kamu ? " Majoriti akan jawab doktor, polis, bomba , batman. Typical question, typical answer.

Wait, police ? Aku rasa aku pun pernah cakap nak jadi polis dengan ustazah tadika aku( dulu aku tadika PASTI).
Tapi sekarang, aku pelik. Kenapa polis ? apart from the obvious reason such as bribe and u-know-why, why police ?
Masa kecil kita naif. Apa yang kita bayangkan biasanya yang indah-indah saja. Polis, orang yang baik tangkap pencuri. Doktor, selamatkan pesakit. Realitinya, ada polis yang jahat , ada doktor yang jual MC. Masa tu tak terfikir pun nak jadi cleaner. Well, at least kalau jadi cleaner takde benda nak dirasuah atau diseludup.Takkan nak seludup batang mop pulak kan. 

Dulu aku pergi sekolah agama naik basikal ke Selayang Indah nun. Ada satu kali tu time aku otw , terserempak dengan kereta polis. Alah kereta polis je pun, apa yang luar biasanya.Time tu pakai waja lagi, bukan Evo.Then, Aku dengan selambanya pergi tunjuk peace dekat polis yang duduk seat sebelah driver. Masa tu dalam fikiran aku polis merupakan sejenis manusia yang 'ketat' dan tegas. Gua dah terbayang dah dia berhenti lepas tu lempang gua sambil tengking " Kenapa kau tunjuk peace haa?" Tapi, instead of that, the police just laughed and 'peace-ed' me back. Oh Allah knows how entertained I was back then. That kind of small things which just made your day :)

Tapi sekarang ? Polis agak kasar lah bagi aku, jujur cakap. Bukan dari segi pukul ke apa tapi dari segi oral. Selalunya dalam percakapan depa ada unsur sarkastik yang pada aku tak perlu ada bila kau berkerja untuk orang awam. Bila kau nganjing orang , nak-nak pula orang tu tak bersalah, tak menyirap pulak kau ? Sesetengah orang tak tahan dengan benda kecil macam ni. Yelah, macam dah 10tahun kenal pulak nak sarkastik-sarkastik bagai. Tak boleh ke terus bagi simple and fast lecture? Kita sebagai orang awam pula tak boleh buat apa-apa. Silap cakap, gari melekat di tangan. Naya.

Polis muda pulak sikap baran ya amat. Aku nak tanya pun takut kena cota sedas tau. Polis yang umur pertengahan pulak , perut ... ya Allah. How can such an unfit person chases a bastard who is surely gonna run fast during desperate situation ? Even kalau fitness tiptop tapi bentuk badan macam tu, tidak ke buruk benor rupanya ? Orang Melayu kan terkenal dengan ilmu-ilmu batin lah apa lah , jadi mungkin sesetengah individu dah prepare guna sedemikian ilmu, rather than jaga badan jaga fitness untuk kerja penjahat. But still, perut ?

Macam-macam lagi isu yang timbul , sehingga kecoh kredibiliti polis dipersoalkan. Tapi , cuma kita berfikir secara rasional , bayangkan kita jadi polis. Meh aku rationalize...

Polis , berkerja 24jam membanteras jenayah. cari penyangak, tangkap penyangak. Dah tentu manusia macam tu kena garang baru orang takut. Kena bengis supaya orang hormat, orang tak pijak kepala mereka.

Polis, bekerja 24jam , stress dol. Kau yang kerja office hours balik stress marah-marah anak, inikan pulak polis. Bahaya jangan cakap lah.

Sesetengah polis , especially yang kau tengok dekat 999 masa roadblock tu , perasan tak depa suka tengking, marah-marah ? Nampak saja garang dan kejam tapi dalam hati " Kesian kau orang, takpelah dah buat salah nak buat macamana. Aku ni pun hanya jalankan TUGAS"

Tapi, isu rasuah paling vital dan viral aku rasa. Katakan seorang pegawai JPJ terima rasuah daripada seorang mat kereta supaya kereta dia diluluskan. Bila benda macam tu jadi , tak ke merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain ? Now, using this analog, relate it with police. Rasuah dalam struktur polis kesannya lagi besar terhadap negara. Contohnya, CONTOH! Tokan dadah kena tangkap. Tapi sebab kabelnya besar, dia hanya perlu bayar duit dekat polis pangkat tinggi-tinggi nun. Dia pun terlepas , lepas tu sambung balik projek. Katakanlah sekali dia projek , 100 anak muda terlibat dengan dadah. Lepas kena tangkap , sambung projek, another 100. Kiralah sendiri berapa bilangan remaja yang terjebak kalau ada 100 tokan dalam satu masa.

Aku dibesarkan , tinggal di Selayang , di mana kadar jenayah dekat sini memang tinggi. Macam-macam jenis ada. Bila ada PATI yang berani gangster tahi kucing bila duduk sekelompok, Melayu dekat sini jadi macam minoriti pula. Depa buat sesuka hati depa ,macam ni negara depa pulak. Masalahnya orang kita ni semua tak mahu bagi sokongan dekat polis ,tak nak bagi intel. Kenapa ? sebab kita sekarang duduk zaman di mana kalau kau pecah maklumat pasal port dadah,port barai motor, kepada pihak berkuasa, kau pula akan dicop jahat,tak boleh dipercayai, baruah. 

Back then masa zaman Jepun , melayu yang bagi intel dekat Jepun dipanggil tali barut. Sekarang, melayu yang bagi intel dekat pihak polis, pihak berkuasa pula dipanggil tali barut. See the difference ?


Kalau tak reti nak berkorban, jangan haraplah nak hidup senang.