Utopia

by

Satu perkara yang aku boleh cakap tentang kerajaan sekarang ialah kerajaan yang lemah. Parti pembangkang pun tidak lah bagus mana, cuma bezanya mendapat sokongan rakyat kerana kita lebih benci parti kerajaan berbanding parti pembangkang. Sebenarnya kita tak kisah parti apa pun, janji hak kita dijaga. Kesilapan berlaku bila sesuatu parti mengutamakan hak sesuatu identiti daripada identiti walhal keduanya punya hak sama; rakyat.

Tapi perbuatan menyalahkan dan menudingkan jari ni dah lapuk. Kita kan menuju Wawasan 2020, pemikiran kena lah tukar. Kalau semua lontarkan kritikan tanpa berkongsi idea untuk menyelesaikan masalah negara yang sakit hmm masak leeee.


Sebagai pemangkin ke arah rakyat Malaysia yang berfikiran lebih kritis, aku nak kongsikan thought aku tentang kewujudan kerajaan.


Jika suatu kerajaan itu sempurna, adakah rakyatnya juga akan sempurna?


Maksudnya kalau Malaysia digantikan dengan satu kerajaan yang perfect, efisien dan efektif, adakah kita rakyat Malaysia akan menjadi lebih baik dari sebelum ini? Bertambah baik  bukan sahaja dari segi kepakaran, disiplin kerja dan ilmu pengetahuan malah etika yang setaraf dengan budaya ketimuran.


Pendek kata, kalau kerajaan sempurna, staf kerajaan pun rajin dan ikhlas bekerja bukan demi faedah semata. Staf kerajaan yang sempurna tidak lagi pemalas, melenting bila berurusan dengan pelanggan, suka mengular dan balik kerja awal.


PENGANGKUTAN JALANRAYA
Trafik antara isu popular dalam kalangan rakyat Malaysia sebab attitude buruk kita di atas jalan raya. Jadi adakah kewujudan kerajaan yang konon sempurna ini akan menambahbaik perlakuan kita atas jalan raya?

Kita mulakan dengan kaedah memiliki kenderaan. Dalam negara Malaysia yang ideal sudah tentu duti import dan eksais adalah rendah maka kita rakyat marhaen mampu pergi ke pasar menaiki VW Golf. Eh tidak, mungkin kita akan sampai tahap dimana pembelian kereta jenama luar negara tidak lagi relevan kerana kerajaan Malaysia telah menyalurkan dana untuk penyelidikan serta subsidi harga kenderaan berjenama tempatan justeru menjadikan jurang kualiti antara Proton dengan Audi semakin rapat, at least.


So, kereta murah , kualiti bagus, jenama tempatan, cukai jalan pula rendah. Tapi bagaimana pula dengan cara pemanduan?


Banyak perkara bangang yang dipratikkan oleh rakyat Malaysia ketika di atas jalan raya. Penggunaan signal yang tidak betul, salahguna lorong kecemasan. Aku tanpa prejudis mengatakan bahawa tidak kira lah kenderaan mahal atau murah, pemanduan rakyat Malaysia tetap bangang tanpa mengira harga kenderaan. 


Walaupun kesesakan lalu lintas selalunya berlaku disebabkan pemanduan rakyat yang sangat menggelabah dan tak menyabor, at least kerajaan Malaysia yang sempurna memainkan peranan dalam mereka, menyusun dan mencipta jalan raya yang lebih teratur, strategik dan selamat. Dengan kata lain, kita akan lebih selamat kerana jalan-jalan di Rawang lebih terang, tiada lubang dan lopak di flyover Pasar Borong Selayang dan tiada lagi kesesakan di Jalan Kuching setiap pagi. In fact, kesesakan yang akan berlaku hanya disebabkan sikap pemandu Malaysia yang suka memperlahan kenderaan setiap kali berlaku kemalangan sebab sibuk dok usha.


Bagi aku, kenderaan yang statik lebih menyakitkan hati berbanding kenderaan yang bergerak.


Maksud aku, isu parkir. Ya tuhan. Aku sebagai penduduk Selayang bila dengar masalah parkir ni memang menyirap darah. Apa jenis praktik bila kau parkir kereta di jalan luar depan rumah kau sedangkan garaj kau kosong? Jalan raya ialah hak bersama, rumah kau hak kau. Bagi aku memang fetish orang Malaysia suka parkir kenderaan sesuka hati tanpa memikirkan flow trafik terganggu atau tidak. Walaupun kerajaan yang ideal mungkin implement saman bagi menyelesaikan isu parkir di kawasan perumahan awam, aku rasa benda ini tetap berterusan. Secara ringkasnya, pemandu Malaysia bukan sahaja pemandu yang teruk semasa kenderaan dipandu, malah pemandu yang teruk semasa kenderaan diparkir.


Bagaimana pula nasib orang yang tak mempunyai kenderaan dan hanya menaiki kenderaan awam? Bagi aku aspek pengangkutan awam inilah yang akan menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia itu bagus ke tidak, layak atau tidak dipanggil kerajaan sempurna.


Pertama sekali, kaedah pembelian tambang dimudahkan. Kita ada kaunter online dan kaunter fizikal, kita ada kaedah wang dan kaedah debit. In fact, kaedah-kaedah ini sudahpun dipraktikkan, cuma ada lah sedikit cacat. Dalam dunia ideal, setiap kawasan mempunyai sistem pengangkutan awam sendiri yang mengenakan tambang percuma atau minima untuk kemudahan penduduk kawasan itu sendiri. Aku ingin sentuh bab bas intra-city sebab secara keseluruhannya sistem lrt/train dan sebagainya di dunia adalah bagus dan organised. Tapi bas? 


Sedangkan dalam kawasan KL itu sendiri ada tempat menunggu bas yang tidak sempurna ; tiada pondok, kaunter tiket, dan signboard. Stesen bas perlulah visible, senang dikesan dari jarak jauh dan lengkap dengan tempat duduk, bumbung dan lampu. Kaunter tiket pula menyenangkan urusan beli tiket bagi mereka yang tiada kad perjalanan seperti Touch n Go. Either machine or human, kita beritahu nak pergi mana, bayar , dan dapat tiket. Perkara ini menjimatkan masa kerana pemandu bas boleh fokus untuk memandu, tak perlu habiskan masa penumpang lain berkaitan isu jual beli tiket. Sistem bas intra-city terlalu under-developed berbanding lrt dan sewaktu dengannya walhal bas lebih penting dimana rakyat lebih bergantung kepada bas. Paling sedih bila tiada panduan yang jelas untuk pengguna bas awam. Tidak seperti lrt yang mana papan kenyataannya lengkap dengan peta, jadual, route kadar tambang dan sebagainya, bas awam punya guide sangatlah cikai. Isu-isu ini akan diselesaikan bilamana kita diperintah oleh kerajaan yang sempurna.


Berbalik kepada soalan utama, bagaimana pula attitude penumpang pengangkutan awam? 


Aku perasan isu beratur semakin dititikberat oleh rakyat Malaysia, jadi by the time kita punya kerajaan yang sempurna, insyaallah kita akan lebih tegas terhadap isu beratur ini. Tetapi etika semasa di dalam pengangkutan awam; ada lagi kaum-kaum yang suka duduk di couch yang salah, menggunakan seat berlebihan untuk baring atau letak beg, bercakap dengan nada yang kuat. Perkara-perkara sebegini perlukan penegasan daripada orang sekeliling juga, kerajaan tidak mempunyai direct input untuk masalah-masalah sebegini. Bila majoriti rakyat bersatu dan tegas bersuara akan sesuatu kesalahan, sekejap sahaja isu-isu ini selesai. Marilah kita tunggu rakyat Malaysia jadi prihatin sepenuhnya…


Oh ya, satu lagi medium pengangkutan awam yang popular ialah teksi. Teksi sekarang diancam bankrap kerana ancaman Uber dan sebagainya tapi jangan risau, dibawah pemerintahan kerajaan yang sempurna, kesemuanya akan pupus. Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis sistem pengangkutan yang sangat efisien dan murah, kita takkan ada alasan untuk perlukan mereka lagi. Tiada lagi pemandu teksi dengan attitude samseng kerana tiada pemandu teksi. Less taxis on the road, less vehicles on the roads means less traffic congestion, there. Bagi aku, inilah antara input kerajaan ideal yang paling penting.


Lain-lain perkara yang perlu aku suarakan ialah penunggang basikal. Sudah tentu kerajaan ideal akan mempromosikan kaedah pengangkutan yang lebih hijau dan mengesyorkan rakyat supaya berbasikal. Kita boleh tentukan tahap intelektual penunggang basikal berdasarkan kedudukan mereka di atas jalan raya. Jika mereka berada dalam garisan putih di tepi jalan maka bagus, mereka menyahut seruan kerajaan dengan betul. Jika mereka berada diluar garisan putih dan menganggu pengguna kenderaan bermotor yang lain yang membayar cukai jalan, mereka gagal.


Konklusinya, meskipun wujudnya kerajaan yang sempurna yang berjaya menaiktaraf kualiti pengangkutan di Malaysia ke tahap yang amat tinggi, kebangangan rakyat Malaysia dalam perihal trafik hanya berkurang sedikit sahaja. Kesian kesiaaan



Ya betul, penunggang motosikal tetap tak berubah.