Swallowed

by

Aku rasa aku pernah post pasal jenayah. Aku tak suka post tema yang sama banyak kali tapi ah lantaklah.

Masyarakat ini dah sakit.


Satu masalah bila kau tinggal dekat tempat yang tinggi kadar jenayah ialah, semua orang terlibat dengan jenayah, secara tidak langsung. Bayangkan, kau dapat cekup peragut depan mata dan secara tiba-tiba

"Eh ni adik kawan aku "
"Eh ni anak pakcik sekian bin sekian "
"Eh ni jiran aku "
Hubungan silaturrahim yang kita pupuk bersama sesetengah ahli kejiranan kita, jadi tiket melepaskan diri untuk si pelaku. Secara logiknya, bila kita dapat 'lepas' walaupun kena tangkap red-handed begitu, ada ke kita rasa insaf ? Sure kau ulang balik punya sebab kau tahu kau takkan diapa-apakan. Itu belum masuk bab kronism, senang-senang keluarkan anak yang masuk jel atas dasar hubungan baik dengan pihak berkuasa, Aku amat cela perbuatan ini. Tahu tak efek dia besar terhadap masyarakat? yang jadi mangsa, masyarakat juga.

Ada dua jenis manusia, satu jenis yang kalau kita guna brute force baru dia insaf. Contoh, peragut kena tangkap dan dibantai oleh orang ramai sampai lumat. Mestilah trauma nak ulang lagi bukan? tak. Belum pasti.

Dua, jenis manusia yang kita kena guna gentle approach. Kita approach dia, kita bimbing dia, kita ubah dia.Sesetengah manusia, lagi kita tanamkan sikap negatif,lagi dia menjadi-jadi. Kita sebagai masyarakat berakal, tindakan pun kena berakal. Cuba cara yang sesuai, dan jangan pandai-pandai ambil tindakan sendiri. Serahkan pada pihak berkuasa walaupun zaman sekarang kita ragui kecekapan depa, tapi tugas tetap tugas. Kau bunuh sampai lumat pun, muncul sebatalion lagi penjenayah, apa guna?

Bila banyak kes jenayah remaja ni, tolonglah jangan tutup sebelah mata. Tolong jangan lepaskan tanggungjawab. Pada aku, ahli keluarga remaja tu sendiri patut disalahkan. Bila give up dengan perangai anak, terus " Ah lantak kau lah nak buat apa,kau mati pun aku tak kisah" Ceh. Kalau anak dia mati terus takpelah, ni hidup menyusahkan orang ramai. 


Bagi aku, jalan penyelesaiannya ialah hubungan kejiranan itu sendiri. Kita tak perlulah nak buat kenduri ke makan-makan setiap minggu untuk tunjukkan betapa semangat kejiranannya kita, apa yang penting ialah respek dan tanggungjawab. Jaga hubungan baik dengan jiran.Contohnya, Pakcik sekian sekian baik dengan jiran, kita respek. Pakcik ini kurang ajar, tak jaga adab, jadi kita jalankan tanggungjawab dan tegur. Pakcik ni tak dapat bendung anak dia, kita jiran-jiran bersatu, tegur anak dia, warn anak dia, guna gentle approach, dan jangan cepat sangat kecam. Buat apa yang kau rasa paling termampu untuk kekalkan keselamatan komuniti kau, daripada bab like facebook page such as malaysian crime awareness campaign sampailah ke bab menjadi rukun tetangga dan mengejar pencuri. Aku faham risiko tinggi, aku faham kita takut. Takut sebab mereka penjenayah ni ramai, pukul satu , datang lagi yang lain balas dendam. Kita takut sebab kita ni ada keluarga. Apa-apa masalah kita timbulkan, boleh affect satu family. Tapi dalam perspektif yang lain, bila kita membiarkan negara dalam keadaan tidak aman, bukankah kita sendiri membahayakan keluarga kita?


Sebab itu semangat kejiranan kita kena kuat, bila kuat dan bersatu (satuuuu hati) orang lain tak berani kacau.Kita boleh ambil iktibar dari Kung Fu Hustle, geng kapak contohnya. How couldn't one big town endure the gangsterism, the crime but one small village could ? 


Kita tolak tepi isu ketidak-efisien pihak berkuasa. Efisien mana pun mereka kalau tak ada kerjasama kita, tetap tak ada beza. Tolak rasicm. 1 Malaysia tu bukan masuk berkepit ke hulu ke hilir dengan rakan berlainan kaum, 1 Malaysia tu ialah bila kita respek sesama kita dan jalankan tanggungjawab sama rata terhadap negera. 


Oh tak, kumpulan yang awak masuk tu tak beri manfaat pun kepada negara mahupun agama. Bagi manfaat dekat sekumpulan kecil kaum awak yang masih duduk dlm kepompong rasis ada le, masyarakat lain semua sengsara. Baik pergi penuhkan dan imarahkan masjid ya.