Forty
by Muhammad Khairi
Dalam kawasan kejiranan aku ni ada pelbagai jenis manusia, dan pelbagai jenis ragam.Malangnya,tak ramai yang tahu jaga sensitiviti.
Majlis.Baru-baru ni ada kenduri kahwin dekat belakang rumah aku. Manusia sekarang suka pasang set karaoke dengan speaker gedabak lepas tu menyanyi dari
awal pagi sampai tengah malam. Aku bengang bila masing-masing telinga tak reti nak beza amplitud tinggi ke idak, frekuensi tinggi ke idak. Bising dan bingit gila.
Kau faham-fahamlah majlis kau sabtu ahad, waktu orang nak rehat. Bertoleransi la sikit. Ya memanglah kau bersanding sekali seumur hidup, kau nak semua tetamu kau enjoy tapi
takkan lah kau tak boleh rendahkan volume tu pada kadar yang sesuai ? Kalau dah setiap sorang jiran kau menyumpah, rasa-rasa berkat ke majlis kau ?
Aktiviti melepak. Aku pun tak boleh cakap lebih sangat sebab aku pun kaki lepak. Tapi kau suka ke bila rumah kau jadi sarang ? kalau yang melepak tu kau kenal setiap sorang perangai macamana,okay lah jugak. Ini entah dari mana tetiba melepak depan rumah kau.Yelah, inikan rumah kita. Tempat kita berehat, berteduh, tempat untuk kita merasa selamat. Kalau dah macam-macam jenis manusia lepak dekat kawasan rumah kau, rasa selamat ke? rasa selamat ke bila rumah kau jadi sarang ? Lepaklah dengan mana-mana yang kau suka tapi bukan rumah aku dan sewaktu dengannya. Tolonglah.Sudah lah melepak sampai
ke pagi menganggu orang nak tidur, lepas tu borak fuhh suara tak ingat. Campur pula dengan ketawa berdekah-dekah.
Aku ralat lah bila otai-otai tak jaga langsung sensitiviti dalam berjiran. Masing-masing buat hal sendiri. Anak sendiri melepak depan rumah, bawa satu batalion lepak sekali. Memanglah dalam kawasan rumah kau tapi kalau kau dah nampak anak kau lepak se-batalion member waktu malam, mestilah bising dan menganggu jiran-jiran. Apa salahnya suruh anak lepak kedai ke apa. Pi lepak ak47 sana,atau padang changi, tak ada siapa nak marah kau memekak.
Sebenarnya, aku faham perasaan bebudak yang melepak,overnight memalam ni. Best sebenarnya. Bayangkan,lepak dengan kawan-kawan sambil berkongsi cerita dari hal politik,jenaka sampailah bab agama. Secara tak langsung ilmu pun bertambah.
Tapi yang penting ;adab. Kau tak kacau orang, tak adalah orang nak bising-bising. Nak melepak?tak salah.Lepaklah tapi jagalah adab. Awak memang seronok berjaga dapat borak-borak dengan member, pakcik makcik lain yang penat bekerja, penat layan kerenah anak? bagilah depa tidur nyenyak sikit. Siapa tak melenting kalau waktu tidur pun kena ganggu.
Lagi satu, fenomena budak baru-baru naik motor. Aku cukup tak faham mereka yang dekat jalan kampung pun nak bawa motor ala-ala Rossi. Alahai motor kapcai je dik? Bawalah elok-elok, tak perlu nak rev. Bingit tahu tak ? Kalau sekadar rev dalam konteks nak bergurau sekali sekali tak apa lagi, ini tiap kali kau lalu kau nak rev-rev pulak. Simpan sikit semangat rempit awak, orang taknak tahu pun. Nak sangat bising-bising, pi highway sana.
Bagi aku, sebagai jiran, aku tak kisah kau melayu ke indo ke cina ke india ke bangla ke
1. Kau jaga kebersihan dan kekemasan rumah dan kawasan kejiranan kau
2. Kau jaga adab berjiran;hormat agama dan budaya jiran.
3. Kau tak terlibat dengan gansterisme taksub
dan kita boleh hidup dalam kawasan kejiranan yang aman, adil bukan?